Adik2 terima pingat darjat kebesaran, Bell Ngasri pula julang trofi

Nama Bell Ngasri sejak menjelang Anugerah Bintang Paling Popular ke-35 (ABPBH35) malam ini sering menjadi bualan apabila dikatakan bakal menjulang trofi memandangkan menerima banyak sok0ngan daripada rakan artis dan juga rakyat Malaysia.

Dia yang begitu menghargai undian-undian semua pihak kerap berkongsi aktiviti hariannya di media sosial telah mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan tersebut.

Ucap tahniah adik2 terima pingat kebesaran
Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri berkesempatan membuat posting mengucapkan tahniah kepada adiknya, Datin Anne Ngasri yang menerima pingat Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

Anne dan Darling dua2 hebat

Menerusi muat naik tersebut, Bell sempat berseloroh mengatakan seperti kanak-kanak apabila mendapat anugerah ini. Namun, dia akui, tiada kata-kata yang dapat digambarkan kerana begitu bersyukur melihat adik tersayang menerima pingat daripada Yang Di-Pertuan Agong.

“Apa-apa pun, tiada ungkapan atau kata-kata dapat digambarkan, hanya bersyukur ke hadrat Ilahi & tahniah buat adik saya Anne kerana dapat pingat cukup-cukup istimewa daripada Yang Di-Pertuan Agong. Tahniah sekali lagi buat Anne dan Darling. Dua-dua hebat sebenarnya berbanding abang dia yang merepek je kerjanya tak tentu hala…” ujarnya.

Abang pun hebat juga!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan mungkin malam ini giliran Bell pula menerima anugerah dan adik-adik serta keluarga yang akan tumpang gembira dengan kejayaannya.

Mereka juga mendoakan agar pemegang watak Barkoba ini akan mendapat lebih daripada itu kerana dia tidak perlu pun menjadi seseorang yang memegang trofi kerana sudah berjaya menawan hati para peminatnya.

Tak payah menang apa2 pun dah menang di hati peminat

Semoga giliran abang pula lepas ni

Tahniah Anne & Darling

InnsyaAllah malam ni rezeki Bell mungkin

Sumber: Instagram bellngasriofficial

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*