Sempat Minta Ampun Sebelum Jalani Czer, Isteri Pergi Selamanya Selepas Bersalin

Tidak kira bersalin secara normal mahupun czer, perbezaan itu tidak akan pernah mengurangkan darjat seorang ibu. Tahap keperitannya juga sama, risiko buruk tetap boleh berlaku dan lebih serius lagi, ada yang dilaporkan pergi selamanya akibat komplikasi ketika melahirkan anak. Demikianlah takdir memilukan yang terpaksa ditelan oleh lelaki ini.

Sempat temankan isteri di saat-saat akhir sebelum prosedur czer dimulakan

Semalam di aplikasi TikTok, dia berkongsikan video dirinya setia menemani sang isteri yang sedang melalui saat-saat getir untuk melahirkan anak mereka. Selaku suami, dia cuma mampu berada di sisi dalam memberikan sokongan apa adanya sebelum prosedur kelahiran czer dimulakan.

Terlalu sekejap…Terlalu berat rasanya kehilangan orang seperti kamu sayang

Sebelum itu juga, wanita berkenaan  telah memohon ampun kepada lelaki ini kerana masih belum mampu memberikan kebahagiaan dan menjadi teman hidup terbaik sepanjang mereka mendirikan rumah tangga. Bukan itu saja, malahan dia sempat berpesan bahawa bayi yang bakal lahir itu merupakan ‘hadiah’ kepada ibunya yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 23 April lalu.

@ehrubby 🥲🥲 #pyf #rip #istriku ♬ suara asli – justme

@ehrubby

kamu udah tenang sayang . loveyou 🥲😭

♬ suara asli – zona_musik42

Rest in love, sayangku…Kamu sudah tenang sayang…I love you

Berpesan agar mereka semua dapat menjaga si kecil itu sebaik-baiknya, siapa sangka ia merupakan amanat terakhir yang dititipkan sebelum Allah menjemputnya pulang ke negeri abadi. Renungan kosong lelaki itu di kubur Allahyarhamah sudah cukup untuk menggambarkan kepiluan di lubuk hatinya.

Kini, bayi perempuan yang dilahirkan sihat dan sempurna tubuh badan itu diberikan nama Gamila Zhalfa Hafizha sesuai dengan kemahuan Allahyarhamah sewaktu masih hidup.

KREDIT : TikTok Rubby Gusti R

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.