Doa Nisfu Syaaban – Contoh Doa Yang Masyhur & Doa Ringkas
Kelebihan Doa Pada Malam Nisfu Syaaban
MALAM NISFU SYAABAN TERMASUK DALAM MALAM MUSTAJAB DOA
Antara kelebihan Syaaban, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang ditawarkan pengampunan daripada-Nya dan dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Tabarani:
Daripada Mu’az Jabal r.a. daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
يطَّلِعُ اللهُ إلى خلقِه في ليلةِ النِّصفِ مِن شعبانَ فيغفرُ لجميعِ خلقِه إلَّا لمشركٍ أو مشاحنٍ
Maksudnya: “Allah SWT menjenguk hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni semua makhluknya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang masih bersengketa dan bertelagah.”
(HR Ibnu Hibban, hadis sahih)
Imam al Syafi’i berkata:
بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ ٱلدُّعَآءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ، فِي لَيْلَةِ ٱلْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ ٱلْأَضْحَىٰ، وَلَيْلَةِ ٱلْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM NISFU SYAABAN
Berkata Imam Abdul Hamid al-Syafie di dalam Kitab Kanz al-Najah wa al-Surur,
Aku berkata: Telah dikumpulkan doa yang ma’thur sesuai dengan keadaan, khususnya nisfu Sya’ban yang diketahui ramai, pada malam yang berkat itu dibaca doa tersebut oleh umat Islam sama ada bersendirian atau berkumpulan di masjid-masjid atau selainnya, sama dibaca secara talaqqi (seorang baca diikuti oleh orang ramai) atau seorang membacanya kemudian diaminkan oleh yang lain sebagai mana yang dimaklumi. Adapun kaifiyyatnya adalah seperti berikut:
Dibaca dahulu sebelum doa, selepas solat Maghrib, surah Yasin sebanyak tiga kali,
Bacaan pertama dengan niat dipanjangkan umur.
Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.
Tiap kali dibaca surah (Yasin).. dibaca doa selepasnya.
Berkata Imam Murtadha al-Zabidi (al-Hanafi) di dalam kitab al-Ittihaf ,
Telah diwarisi oleh ulamak Khalaf daripada ulama Salaf dalam menghidupkan malam (nisfu Sya’ban) dengan solat 6 rakaat selepas solat Maghrib. Setiap 2 rakaat satu salam dan selepas setiap dua rakaat dibaca surah Yasin sebanyak sekali. Kemudian dibaca doa yang masyhur dibaca pada malam nisfu Sya’ban. Pertama memohon kepada Allah agar diberkati umurnya, kedua keberkatan beroleh husnul khatimah. Barang siapa yang melakukan sedemikian akan dikurniakan apa yang dipohon. Solat ini masyhur di dalam kitab-kitab ulama sufi yang terkini. Aku tidak dapati tentang solat ini dan seruannya bersandar dengan sunnah yang sahih kecuali ianya diamalkan oleh para masyaikh.
Hal ini disebutkan juga oleh al-Alamah al-Dairibi di dalam mujarobatnya tentang kelebihan surah Yasin. Ia dibaca sebanyak 3 kali pada malam nisfu Sya’ban . Begitu juga, disebut oleh al-Syeikh Muhammad al-Dumyati al-Madani al-Syafie di dalam kitab Nihayah al-Amal .
Doa Nisfu Sya‘ban : Doa Yang Masyhur (يَا ذَاالمَنِّ )
Adapun lafaz doa yang masyhur yang sering dibacakan pada malam nisfu syaaban ini, diambil seperti mana yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf (المصنَّف ), Ibn Abi al-Dunya di dalam al-Dua’, daripada Ibn Mas‘ud r.a dan disebut juga daripada Ibn Umar:
عن عبد الله بن مسعود قال: ما دعا قط عبد بهذه الدعوات إلا وسَّع الله عليه فى معيشته: يَا ذَاالمَنِّ وَلَا يَمُنُّ عَلَيْكَ، يَا ذَا/ الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ يَا ذَاالطَّوْلِ (وَالإِنْعَامِ)، لَا اِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، ظَهْرَ اللَّاجِئينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، إِنْ (كُنْتَ) كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا فَامْحُ عَنِّي اسم الشَّقَاء، وَأَثْبِتْنِي عِنْدَكَ سَعِيدًا (وَإِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فِى أُمِّ الكِتَابِ مُقْتَرًّا عَلَيَّ رِزْقِي، فَامْحُ حِرْمَانِي، وَتَقْتِير رِزْقِي، وَأَثْبِتْنِي عِنْدكَ سَعِيدًا) مُوَفِّقًا لِلْخَيْرِ، فَإِنَّكَ تَقُولُ فِى كِتَابِكَ: يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ (الرعد: 39).
Yang bermaksud, Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a berkata: Mana-mana hamba yang berdoa dengan doa ini akan diluaskan oleh Allah akan kehidupannya:
يَا ذَاالمَنِّ وَلَا يَمُنُّ عَلَيْكَ، يَا ذَا/ الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ يَا ذَاالطَّوْلِ (وَالإِنْعَامِ)، لَا اِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، ظَهْرَ اللَّاجِئينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، إِنْ (كُنْتَ) كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا فامح عني اسم الشقاء، وأثبتني عندك سعيدا (وإن كنت كَتَبْـتَنِي فِى أُمِّ الكِتَابِ مقترا عليَّ رزقي، فامح حرماني، وتقتير رزقي، وأثبتني عندك سعيدا) موفقا للخير، فإنك تقول فى كتابك: يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ (الرعد: 39).
وأخرجه ابن جرير وابن المنذر والطبراني عن ابن مسعود أيضا بلفظ: اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فِى السُّعَدَاءِ فَأَثْبِتْنِي فِى السُّعَدَاءِ، وَإِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فِى الأَشْقِيَاءِ فَامْحنِي مِنَ الأَشْقِيَاءِ وَأَثْبِتْنِي فِى السُّعَدَاءِ، فَإِنَّكَ تَمْحُو مَا تَشَاء وَعِنْدَكَ أُمُّ الكِتَابِ.
Yang bermaksud: Dikeluarkan oleh Ibn Jarir, Ibn Munzir dan al-Tabraniy, daripada Ibn Mas‘ud juga dengan lafaz:
اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فى السعداء فأثبتني فى السعداء، وَإِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي فى الأشقياء فامحني من الأشقياء وأثبتني فى السعداء، فإنك تمحو ما تشاء وَعِنْدَكَ أُمُّ الكِتَابِ.
Disandarkan juga sebahagian lafaz doa ini kepada Saidina Umar r.a. Ini bermaksud makna daripada doa ini makruf di kalangan sahabat.
Al-Qurtubi menyebut pada syarah ayat:
يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ (الرعد: 39)
Bahawa Saidina Umar berdoa dengan doa ini sambil menangis ketika melakukan tawaf di Baitullah. Hal ini sebagaimana yang dikeluarkan oleh Ibn Jarir al-Tabariy di dalam tafsirnya:
عن عمر بن الخطّاب رضى الله عنه: أنَّه قال بالبيت ويبكى: اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَ عَلَيَّ شَقَاوَة أَوْ ذَنْبًا فَامْحَهُ فَإِنَّكَ تَمْحُو مَا تَشَاءُ، وَتُثْبِتُ وَعِنْدَكَ أُمُّ الكِتَابِ فَاجْعَلْهُ سَعَادَة وَمَغْفِرَة.
Daripada Umar bin al-Khattab r.a, sesungguhnya beliau berdoa di Baitullah dan menangis:
اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَ عَلَيَّ شَقَاوَة أَوْ ذَنْبًا فَامْحَهُ فَإِنَّكَ تَمْحُو مَا تَشَاءُ، وَتُثْبِتُ وَعِنْدَكَ أُمُّ الكِتَابِ فَاجْعَلْهُ سَعَادَة وَمَغْفِرَة.
Dan dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Sya‘bu al-Iman dan al-Dailimiy dalam Firdaus al-Akhbar:
عن عمر بن الخطّاب رضى الله عنه: أنَّه ذكر خطبة للنبي صلى الله عليه وآله وسلم جاء فيها: استعينوا بالله فإنَّه يَمْحُو مَا يَشَاءُ، ويُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ.
Yang bermaksud: Daripada Umar r.a, beliau menceritakan khutbah Nabi saw yang terdapat padanya: Hendaklah kamu memohon pertolongan dengan Allah kerana Dia menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada ibu segala suratan.
Adapun doa selepas (اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ ) sehingga akhir doa merupakan tambahan seperti mana yang dilakukan oleh Syeikh ( ماء العينين الشنقيطي ) di dalam kitabnya (نعت البدايات).
Membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.
- Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
- Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
- Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.
Lafaz doa malam nisfu Syaaban yang masyhur adalah seperti berikut:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ وَلَا يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَاالجَلَالِ وَالإِكْرَامِ، يَا ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لَا اِلَـهَ إِلَّا أَنْتَ ظَهْرَ اللَّاجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى الرِزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ البَلَاءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لَا نَعْلَمُ وَمَا أَنَتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.
Rujukan
1.Majmu‘ah Musammah bi Tuhfah al-Autan wa al-Ikhwan, Syeikh Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi, m/s 78.
2.Kanz al-Najah wa al-Surur, Imam Abdul Hamid bin Muhammad Ali bin Abdul Qadir al-Syafie, Darul Hawi, 2009, hlmn 158.
3.Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin, al-Alamah al-Sayyid Muhammad bin Mihammad al-Husaini al-Zabidi, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, jilid 3, hlmn 708.
4.Mujarobat al-Alamah al-Syeikh Ahmad al-Dairibi, hlmn 13.
5.Nihayah al-Amal, al-Syeikh Muhammad Abi Khidir al-Dumyati, hlmn 280.
6.Lailah al-Nisf min Sya‘ban, al-Imam al-Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim, hlmn 52
Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Contoh Doa Ringkas Yang Turut Boleh Dibacakan
Selain doa di atas, antara doa ringkas yang boleh dibacakan ialah:
DOA 1
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”
DOA 2
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”
Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.
Contohnya doa harian / lazim yang boleh dibacakan adalah :
1 ) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
(Surah Ibrahim 14: 41)
2) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT
Firman Allah SWT:
رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)
3) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )
4) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25: 74)
5) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR
Firman Allah SWT:
رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)
6) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.
(Surah al-Hasyr 59:10)
CONTOH DOA MEMOHON KEAMPUNAN YANG BOLEH DIBACAKAN PADA MALAM NISFU SYAABAN (BAHASA MELAYU)
Berikut adalah contoh doa mudah dalam Bahasa Melayu yang boleh anda baca pada Malam Nisfu Syaaban:
- Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
- Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
- Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
- Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
- Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
- Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
- Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
- Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
- Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
- Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
- Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
- Wahai Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.
- Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
- Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
- Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
- Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
- Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
- Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
- Selamatkanlah aku dan keluargaku serta umat Islam dari Fitnah Dajjal.
- Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.
- Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
- Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
- Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
- Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
- Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
- Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
- Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
- Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
- Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
- Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
- Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Tutup dengan selawat.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.
Wallahu-a’lam.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.