“Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…” – Aliff Aziz Mohon Maaf
Selepas aktres Ruhainies memuat naik kenyataan rasmi, aktor Aliff Aziz juga turut berkongsikan kenyataan rasmi daripada pihaknya mengenai kes ditangkap khalwat baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff mengakui sepatutnya tunggu di lobi dan tidak terfikir bahawa tindakannya naik ke rumah Ruhainies itu akan membawa kepada perkara tidak diingini.
“Semasa sampai di kondominium, saya bantu untuk bawa barang shooting miliknya ke atas sementara menunggu kakaknya yang mash dalam perjalanan,” jelasnya.
“Cara yang betul adalah, kita sepatutnya tunggu di lobi. Tapi, sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi yang tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.
“Waktu itu, kami sedang menunggu Risteena untuk sampai dan sempat berborak. Tiba-tiba, pintu rumah diketuk. Ruhainies yang pada awalnya menyangka kakaknya sudah sampai, terdengar suara lelaki berbual di luar pintu,” tulisnya.
Sementara itu, Aliff berkata lagi dia hanya berada di ruang tamu ketika itu dan terkejut dengan situasi yang berlaku. Aliff berkata pihak JAWI sangat profesional menjalankan tugas.
“Kerana risau dan atas faktor keselamatan, dia kemudiannya menghubungi kakaknya dan bertanya sama ada dia dah sampai. Risteena beritahu, jangan buka pintu dulu dan tunggu sehingga dia sampai.
View this post on Instagram
“Saya hanya berada di dalam rumah, di ruang tamu dan bila situasi itu berlaku, ia memang mengejutkan. Bila kakaknya sampai, dah ada penguat kuasa JAWI dan polis. Bahkan, ketika adik beradiknya sampai, dah ada ramai orang di luar.
“Kemudian, Ruhainies meminta kakaknya berbincang dengan pihak penguat kuasa, pintu akan dibuka sekiranya hanya ada penguat kuasa JAWI dan polis sahaja.
“Mereka sangat profesional dalam melakukan prosedur mereka. Seterusnya, kami hadir ke JAWI dan berikan kenyataan mengikut prosedur yang ditetapkan. Selepas memberi keterangan, kami pulang ke rumah,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff memohon maaf diatas apa yang berlaku serta menjelaskan tiada ada apa-apa yang berlaku antara dirinya dan Ruhainies serta menjadikan perkara itu sebagai pengajaran.
“Saya bukan nak menegakkan benang yang basah, tetapi, saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya. Namun, ingin saya jelaskan bahawa tidak ada apa-apa benda yang berlaku antara kami.
“Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Dan disebabkan kekhilafan saya ini, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga,” ujarnya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.