” Hahaha.. memang ade kes macam ni. Tapi jarang-jarang la.. Bila bapak-bapak uruskan anak.. Alahai.. nasib baik la anak tenang.. ”

Sesi persekolahan 2024/2025 sudah pun bermula dan pelbagai ragam dapat dilihat pada hari pertama persekolahan berlangsung. Ada yang meraung sedih kerana ditinggalkan oleh mak ayah dan tidak kurang juga mak ayah yang terlebih sedih melihat anak berdikari sendiri di sekolah.

Tetapi lain pula kejadiannya yang menimpa pelawak Shahrol Shiro dan anak lelakinya, Iqi. Meninjau akaun Instagram Shahrol Shiro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shahrol terpaksa kembali semula ke sekolah apabila guru menelefonnya kerana ada perkara mustahak.

Rupa-rupanya Shahrol tersilap menghantar anaknya ke sekolah lain. Ini terjadi kerana terdapat 2 sekolah yang berdekatan dan ketika pendaftaran tempoh hari, bukan Shiro yang menguruskan Iqi tetapi isterinya. Iqi pula penuh yakin berjalan masuk ke sekolah.

Tetapi setelah menyedari suasana sekolah terlalu berbeza, baru lah anak Shahrol memaklumkan salah seorang guru yang ada di situ. Tergelak guru-guru yang menanti kehadiran Shahrol untuk mengambil anaknya itu. Boleh pula ayahnya tersalah hantar sekolah, memang rare betul.

Jom tonton video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Perkongsian oleh Shahrol ini telah pun meraih lebih  26 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Jemm betul, ini rare bang haha. esok kene briefing awal nak hantar sekolah mana pulak. Ayah nya latih anak jadi YB. Lawat kawasan sekolah.. ”

” Ini rare of the year 2024 shahrol_shiro.. Legend.. sekali tepek cikgu, kau ni mabuk ekk haha. buat hal bapak-bapak.. ”

” Hahaha.. memang ade kes macam ni. Tapi jarang-jarang la.. Bila bapak-bapak uruskan anak.. Alahai.. nasib baik la anak tenang.. ”

” Aduhai ingat dalam tv je buat lawak.. dekat luar pun lagi dia buat haha.. kau lawak bang.. bertuah punya bapak haha.. ”

” Nasib baik la anak nya steady je siap boleh ckap kt cikgu “rasanya sy salah skolah ni” haha steady iqi.. ”

” Ayah dia harus kena rotan denda ni. Salah besor ni.. haha jarang-jarang berlaku ni… salah pergi sekolah haha.. kena briefing ayah dia ni.. ”

” HAHAHA boleh masuk Malaysia book of record. Tak pernah dibuat org bapak anto anak salah sekolah.. ”

Adui lah Shahrol, mujur Iqi sejenis kanak-kanak yang tenang dan steady. Salah ayah kali ni tersalah hantar sekolah. Peristiwa dan kenangan yang berharga untuk Iqi kenang apabila dewasa nanti. Harap-harap selepas ni jangan tersalah sekolah lagi ye, hehe.

Sumber : IG Shahrol Shiro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*