“Kami mohon maaf” – Jenama Kecantikan ‘Censored’ Muka Ruhainies Untuk Iklan Ramadan

Sebuah jenama produk kecantikan Korea mengambil langkah yang mengejutkan bagi memberitahu mereka tidak menyokong perbuatan pelakon sensasi Ruhainies yang merupakan salah seorang talent dalam iklan Ramadan mereka.

Jenama yang dimaksudkan ialah Kitsui Malaysia, mereka menampilkan Ruhainies bersama penyanyi Wany Hasrita serta pelakon Hisyam Hamid bagi iklan Ramadan mereka.

Disebabkan gosip yang kini tular itu pihak Kitsui Malaysia bertindak meletakkan pixels atau dalam kata lain censored pada wajah Ruhainies dalam iklan tersebut.

Syarikat itu juga mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu menerusi semua akaun media sosialnya.

“Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023

Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini,” tulisnya.

Selain itu, pihak Kitsui juga memberitahu, bersempena bulan Ramadan ini, mereka akan menginfaqkan sebahagian keuntungan mereka kepada pihak-pihak yang memerlukan terutamanya rumah anak-anak yatim.

Sumber: Instagram

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*