Simpati apa yg berlaku.. PMX umum Ini “Durian runtuh” buat mangsa Nahas

Kerajaan bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina termasuk pengurusan jenazah dan bantuan kewangan kepada waris mangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi mengurangkan beban ditanggung keluarga waris khususnya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

📍Tragedi Elmina: Kerajaan akan sediakan segala bantuan termasuk pengurusan jenazah mangsa nahas pesawat dan penginapan untuk waris – PM Anwar

📍Tragedi Elmina: Proses bedah siasat dan pengesanan DNA dipercepat untuk pengurusan jenazah mangsa pesawat – PM Anwar

📍Tragedi Elmina: PM Anwar ucap terima kasih dan berbangga dengan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan nahas pesawat

Berita lanjut menyusul.

-Anwar Ibrahim

“Sekarang ini kita kita berikan bantuan diperlukan untuk urus jenazah dan apa saja bentuk bantuan, terutamanya kepada waris mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap

“Saya mohon keluarga terus bersabar. Tiada siapa yang boleh jangka (kemalangan berlaku). Kerajaan akan bantu untuk ringankan beban waris,” katanya ketika lawatan ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Terdahulu dilaporkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina.

Lapan daripadanya adalah penumpang dan krew pesawat. Manakala eua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta dan penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian

Operasi kini tertumpu kepada mencari cebisan badan mangsa yang masih tertinggal di mana proses pencarian sudah 95 peratus selesai apabila semua 10 mayat mangsa ditemui.

Dijangkakan laluan utama di Persiaran Elmina yang ditutup bagi operasi, akan kembali dibuka kepada orang awam hari ini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*