“Sudah2 lah menipu orang, tolong pun sebab kesian dgn anak2..” – Netizen
Belum lagi jelas apa yang berlaku kepada keluarga ini, keluar pula dakwaan baru yang mengatakan ibu kepada bayi 11 bulan dengan alat bantuan pernafasan adalah seorang penagih.
Berat betul dakwaan ni. Sebelum ni seorang Imam Masjid Al-Maarufi di TikTok @aduanrakyatkualakedah, berkata mereka berdua sebenarnya bukanlah suami isteri yang sah dan tinggal berkesedudukan.
Tidak cukup dengan itu, wanita ini juga dikatakan masih mempunyai suami yang sah tetapi sedang menjalani hukuman penjara.
Komuniti penduduk di sana pernah cuba mengasingkan mereka berdua termasuklah usaha menghantar wanita berkenaan pulang ke pangkuan keluarga kandung iaitu ibunya.
Bagaimanapun, usaha itu gagal kerana mereka tetap kembali tinggal bersama.Status bayi itu juga masih belum dapat dipastikan lagi sama ada sah taraf atau sebaliknya memandangkan kedua-duanya masih belum bernikah.
Dalam pada itu, ada juga yang mendedahkan wanita ini pernah menerima sumbangan orang awam sehingga RM200,000 namun sejumlah RM20,000 katanya sudah digunakan untuk membeli emas peribadi.
“Kali ketiga kami post video ini, ada pihak dari belah “sana” yang report video kami post untuk memberitahu kebenaran sebenar mengenai keluarga ini. Jangan anggap kami mengalah, sudah-sudahlah nak tipu rakyat Malaysia. Tidak lama pun nak tipu, akhirnya terkantoi juga”
Setakat ini kita masih menunggu pihak berwajib untuk mencari dan menjelaskan kebenaran sebenar disebalik dakwaan yang tersebar.
Kredit: Facebook
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.