‘Allahuakbar, kau buat apa dengan anak buah aku!’

“Allahuakbar, kau buat apa dengan anak buah aku, takbir!”

Demikian jeritan ahli keluarga dipercayai bekas ipar kepada ibu kanak-kanak perempuan lapan tahun, yang maut dipercayai akibat kes penderaan di sebuah unit pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada dua minggu lalu.

Mereka yang gagal mengawal perasaan turut menggasak pasangan suami isteri dengan pelbagai persoalan sebelum berjaya dihalang pihak berkuasa yang mengawal keadaan.

Ibu bapa saudara mangsa turut melaungkan ‘keadilan untuk Nur Anissa’.

Laungan itu menyebabkan ibu kandung mangsa, Norfazira Radzi, 30, menangis ketika dibawa ke mahkamah.

Pada Selasa, bapa tiri dan isterinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas satu pertuduhan membunuh anak sulung wanita itu, pada dua minggu lalu.

Pengawal keselamatan, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan surirumah, Norfazira yang memakai baju hitam, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Chai Guan Hock.

Kredit-sinar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.