“sy malu nak mnta tlong..”- terduduk rumah kena lelong, Lan Pet Pet dedah punca sebenar.
Lan Pet Pet tabah hadapi dugaan kerana sokongan keluarga.
BERGELAR artis bukan seindah disangka kebanyakan orang kerana anak seni juga manusia biasa yang berdepan naik turun dalam kehidupan.
Tidak pernah mencanang kehidupan ketika berada di fasa terendah, pelawak Lan Pet Pet terduduk apabila rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor dilelong selepas gagal melunaskan bayaran bulanan kepada pihak bank pada 2020.
Kata Lan atau Mazlan Ahmad, kejadian itu tidak boleh dilupakan apatah lagi rumah tersebut mempunyai banyak kenangan bersama keluarga namun reda dengan ujian tersebut.
Lan kuat kerana sokongan isteri yang tidak putus-putus menyokongnya.
Anggota kumpulan Senario itu memberitahu dia juga berasa malu meminta bantuan orang lain bagi menyelamatkan kediaman itu tetapi menganggap ia mempunyai hikmah tersendiri.
“Sampai hari ini saya tak boleh lupa. Saya terduduk masa rumah kena lelong. Tak mudah melepaskan rumah itu tapi kejadian itu buat semangat saya naik kembali untuk teruskan kehidupan.
“Setiap hari saya berdoa agar Allah berikan saya kesihatan yang baik untuk memudahkan saya mencari rezeki buat keluarga.
“Hendak minta bantuan dekat orang lain saya malu, jadi saya mohon pada Allah diberikan kesihatan dipermudahkan mencari rezeki,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Lan memberitahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 menyebabkan dia hilang punca pendapatan sehingga tidak mampu membayar ansuran rumah dan menyara keluarga.
Saya terduduk masa rumah kena lelong. Hendak minta bantuan dekat orang lain saya malu.
LAN PET PET
PELAWAK
Bagaimanapun kata pelawak berusia 55 tahun ini, situasi itu membuatkan dia bangkit dengan membuka perniagaan sendiri bagi mencari rezeki buat keluarga.
“Memang penat bekerja tanpa henti namun isteri dan anak-anak menjadi penguat untuk saya terus berusaha menampung perbelanjaan harian keluarga,” ujarnya.
Lan nafi dakwaan dia dan kumpulan Senario bermusuh.
Bersyukur perniagaan Uncle Lan Burger yang diusahakan semakin mendapat sambutan pelanggan, Lan berazam mahu membeli sebuah rumah secara tunai buat didiami keluarga.
Kata Lan dia tidak mahu insiden kediamannya dilelong sebelum ini berulang kembali.
Untuk rekod, Lan mendirikan rumah tangga bersama Rubihah Abu Bakar @ Che Wan pada 20 Ogos 2008.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.