“Tak berani nak berkasar. Orang macam ni lain tau. Makin kita diam, makin dia agresif. Makin kita tak layan, makin dia kacau” – AILA

Sekitar 4 hari lalu, seorang pengguna TikTok bernama Aila mendedahkan 2 buah rakaman menyaksikan dirinya berdepan gangguan secara verbal daripada anggota askar dipercayai berpangkat Komando. Setelah memberikan reaksi dingin kerana enggan melayan cubaan mengurat itu, mereka malah melemparkan kata-kata berunsur carutan kepada gadis ini.

@ailaa.zRagam Customer Terpaling Komando 🤣 Btw Kebanyakan Anggota mmg Begini ke perangai nya dengan Perempuan ? Igt perempuan Suka agak Nya 🙄

♬ original sound – Aila

@ailaa.z Replying to @nazrah ♬ original sound – Aila

Masa mula-mula buat insurans, keadaanya okey lagi…Jadi melalut lepas rakan sekerja saya balik

Setelah video Aila viral sehingga meraih jutaan jumlah tontonan, rupanya isu berkenaan turut sampai ke pengetahuan pihak atasan anggota yang terlibat. Gadis yang bekerja sebagai Agen Insurans ini menjelaskan, awalnya segala urusan mereka berjalan dengan baik sampailah rakan sekerjanya pulang. Ketika Aila tinggal sendirian dalam ruangan, Komando terbabit mula ‘mengusik’ secara keterluan sehingga menimbulkan rasa kurang senang.

Ada yang kata Aila melayan senyum-senyum, Aila rasa itu adalah polite response

Menafikan dirinya melayan hanya kerana dilihat tersenyum, hakikatnya Aila hanya cuba untuk mengekalkan profesionalisme ketika urusan mereka berjalan. Kalau dia mahu melawan atau berkasar sekalipun, pastinya wujud rasa khuatir sekiranya anggota berkenaan melakukan tindak balas yang boleh menjejaskan keselamatannya.

“Aila cuma hormat dia sebagai customer. Tak berani nak berkasar. Just being profesional & play safe. Orang macam ni lain tau. Makin kita diam, makin dia agresif. Makin kita tak layan, makin dia kacau. Apa yang Aila boleh buat? Senyum jela”

Jangan terlampau berani, jangan terlampau takut

Walau bagaimapun, Aila berkata pihak atasan anggota tersebut sudah pun melakukan permintaan maaf terhadapnya dan mengeluarkan arahan agar ‘anak buah’ mereka tidak lagi berurusan dengan premis tersebut. Sekiranya masih didekati, mereka sendiri menasihati Aila untuk failkan laporan polis.

@ailaa.zI hope that this video clarifies, and the other two will serve as a reminder to all women out there. 🫶🏻🩷🫶🏻🌹

♬ original sound – Aila

KREDIT : TikTok Aila

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.