“Tak bayar nafkah 3 org anak & hutang prniagaan..”- Baru saja kahwin dgn BCL, Sekali Kantoi profil sbnar Tiko.
Majlis perkahwinan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dengan pilihan hati, Tiko Aryawardhana yang diadakan di resort mewah Bali, pada Sabtu masih menjadi bualan warganet.
Tak bayar nafkah
Di sebalik kegembiraan, timbul isu yang kurang sedap didengari apabila media Indonesia dan netizen mula membongkar kisah silam Tiko, 43.
Tiko bercerai dengan bekas isteri yang dikenali sebagai Arina Winarto pada tahun 2021. Dikatakan punca penceraian Tiko dengan Arina disebabkan tiada lagi persefahaman dan sering berbalah kerana masalah pembayaran nafkah
Berdasarkan laporan umum daripada Mahkamah Agung Republik Indonesia, Tiko gagal untuk menyediakan nafkah buat tiga orang anak. Selain itu, Tiko juga didakwa mempunyai hutang gara-gara perniagaan yang dijalankannya tidak berjaya.
Penyebab perbalahan adalah masalah kewangan berpunca daripada Tiko (pemohon cerai) kerana tidak mampu memberi nafkah yang cukup.
Pemohon juga memiliki hutang kepada pihak lain yang timbul akibat bisnes dijalankan kurang berhasil.
Pemohon dan isteri juga tidak lagi merasakan keharmonisan selain tidak pernah sama sekali menerima sokongan moral daripada Arina.
Bayar mas kahwin puluh ribu
Meskipun rancak topik itu dibahaskan di media sosial, perasaan dan fikiran Tiko seakan tidak terganggu. Malah, Tiko telah membuktikan dia mempunyai wang untuk membayar mas kahwin seperangkat alat salat dan logam mulia sebesar 212 gram secara tunai.
Jumlah mas kahwin yang diberikan kepada Bunga atau lebih mesra disapa BCL dianggarkan bernilai sekitar Rp 212 juta (RM63,000).
Sekadar info, Tiko berkahwin dengan Arina pada 26 Jun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.
Manakala, pelantun lagu Cinta Sejati pula bernikah dengan pelakon, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.
Namun, maut memisahkan mereka apabila Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Sumber: Kapanlagi
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait..