Tiba dimahkamah brsama anak, Reaksi sebak makcik kemboja diprhatian. Ini yg bkal dikenakn.

Melaka: Makcik Kemboja dan anak lelakinya tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, di sini, kira-kira 9 pagi tadi untuk menghadapi pertuduhan berasingan membuat kenyataan dan memulakan komunikasi jelik menghina orang Melayu sebagai malas di media sosial, bulan lalu.

Mariyah Yaakob, 47, dan Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holding dilihat memasuki kamar mahkamah 9.02 pagi ditemani dua peguam bela.

Mariyah yang memakai kot warna jingga dan berseluar putih manakala anaknya berkemeja lengan panjang biru dan berseluar panjang kelabu serta bertopi kelihatan tenang menunggu prosiding dimulakan.

Prosiding kes bermula 10.30 pagi.

Makcik Kemboja, anak tak mengaku salah hina orang Melayu

Peniaga wanita asal Kemboja dan anak lelakinya masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, atas tuduhan berasingan mengeluarkan kenyataan dan memulakan komunikasi video jelik mendakwa orang Melayu sebagai malas di media sosial, bulan lalu.
Tertuduh, Mariyah Yaakob, 47, pada mulanya teragak-agak ketika disoal jurubahasa sama ada faham atau tidak pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu kepadanya dan terpaksa dibantu peguamnya, Kamal Hisham Jaafar.

Dia yang berada di kandang pesalah kemudian mengangguk faham dan menjawab ‘tidak mengaku bersalah’ dalam prosiding didengar Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, Mariyah didakwa menggunakan aplikasi TikTok dan membuat suatu penyataan iaitu “… so ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai berniaga kan, betul tak? dan orang Kemboja memang rajin, nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas…” dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada 16 November lalu, kira-kira jam 6 petang.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.