“Semua org Syg kau dik.. “Netizen Terkejut lihat ribuan manusia turun mencari Adik Zayn..

Semalam kita dilaporkan tentang kehilangan seorang kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin. Kehilangannya disedari ibu mangsa pada tengah hari semalam di Damansara Damai dan ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan rumah mereka pada jam 10 malam tadi.

VIDEO:

 

Jasad adik Zayn yang baru sahaja berusia enam tahun ditemui penduduk ketika turut serta dalam operasi mencari mangsa.

Jasadnya ditemui terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai.

Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui. – Kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf pula sebelum itu sudah cuba mencari mangsa di kawasan sekitar namun gagal. Kemudian terus memaklumkan kepada suami dan penduduk setempat.

Berehatlah adik Zayn Rayyan di taman-taman syurga. Al-Fatihah.

Kredit: Berita Harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*