“Tiga Jari Melekat” – Rosyam Nor Bengang Doktor Cuai Rawat Cucunya

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap seorang doktor yang didakwa cuai dalam merawat cucunya. Kejadian itu menyebabkan cucu keduanya mengalami kecacatan kekal selepas beberapa pembedahan gagal akibat rawatan yang tidak tepat. Perkongsian Rosyam membuka mata ramai tentang betapa seriusnya akibat kecuaian dalam bidang perubatan.

Pelakon senior yang cukup dikenali ramai, Datuk Rosyam Nor baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap seorang doktor yang didakwa cuai ketika merawat cucunya.

Perkongsian penuh emosi itu dibuat menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan yang jelas menunjukkan betapa dalamnya luka hati seorang datuk.

Tiga jari cucu Rosyam Nor melekat lepas dibedah…

@suhanchannelofficial “Cucu aku sampai insecure…” SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @Nanahasan_07 @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel ♬ original sound – Suhan Channel Official

Menurut Rosyam, cucu keduanya mengalami kecederaan serius selepas terkena air panas. Namun apa yang menyedihkan, rawatan yang diberikan doktor dikatakan lebih memburukkan keadaan.

- IKLAN -

Cucu saya yang kedua tiga jari tangannya terkena air panas kerana air tersebut tumpah. Kemudian dia masuk ke sebuah hospital swasta. Bangangnya doktor ini, dia balut ketiga-tiga jari itu sekali.

Tiga kali cucu saya menjalani pembedahan sampai dia berkata, ‘saya tak nak mati.’ Akhirnya, jari cucu saya melekat (ketiga-tiganya). Yang kau pergi balut tu apa hal? Sekarang cucu aku dah cacat!

Kesan daripada kecuaian itu masih dirasai hingga ke hari ini. Menurut Rosyam, cucunya kini berasa malu untuk berdepan dengan orang ramai.

Sekarang bila dia bercakap dengan orang, dia akan sorokkan tangannya.

Rosyam Nor persoal adakah masih boleh buat saman?

Dalam sesi podcast tersebut, Rosyam turut meminta pandangan panel jemputan, Dr. Muhammad Azrai, sama ada beliau boleh mengambil tindakan undang-undang walaupun kejadian itu sudah lama berlaku.

- IKLAN -

Jawapan daripada Dr. Azrai cukup jelas, kalau tak puas hati, teruskan buat aduan.

Terpulang pada awak, kalau rasa tak puas hati teruskan buat aduan dan kemudian mereka akan membawa isu ini ke saluran yang seterusnya.

Perkongsian Rosyam bukan sahaja menarik perhatian, malah mendapat sokongan penuh daripada netizen. Ramai yang mendesak agar tindakan undang-undang diambil terhadap doktor yang terlibat supaya kejadian sama tak berulang.

Kes ini menjadi pengajaran penting agar setiap pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya dan profesionalisme dalam bidang perubatan sentiasa dijaga. Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keluarga Rosyam diberikan kekuatan menghadapi ujian ini. Kami juga mendoakan agar cucu beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Kredit: TikTok via OhMedia