Fattah Amin Bahagia Bersama Amira Othman, Netizen Kata Nampak ‘Try Hard’ Romantik!

Selepas sah bergelar suami kepada Amira Othman di Golden Palm Tree Malaysia, Sepang, Fattah Amin menjadi perhatian ramai apabila pasangan ini berkongsi momen bahagia dan mesra di media sosial.

Dalam perkongsian terbaru, Fattah dan Amira dilihat saling menyuap makanan, menaiki bot bersama serta menghabiskan waktu santai di pantai sebelum berangkat ke luar negara untuk berbulan madu.

VIDEO  :

 

View on Threads

 

@cute08628 #setulustakdirfattahamira #fattahamin #amiraothman #fattmira #tiktokviral ♬ bunyi asal – CUTE

- IKLAN -

Difahamkan, destinasi bulan madu mereka bermula di Zurich, Switzerland sebelum ke beberapa negara lain yang tidak diperincikan. Rata-rata warganet tumpang gembira dan mendoakan rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

Ada yang memuji pasangan ini nampak tenang dan menjadi diri sendiri, manakala segelintir netizen menyatakan aksi Fattah Amin bermesra dengan Amira kelihatan seperti ‘try hard’ konon nak nampak romantik di hadapan kamera.

Malah ada juga yang merasakan ia sekadar konten untuk media sosial semata-mata, bukan keikhlasan sebenar.

Walaupun pelbagai reaksi diberi, pasangan selebriti ini tetap bahagia menjalani fasa kehidupan baru sebagai suami isteri, tanpa terjejas dengan kritikan negatif.

Untuk rekod, majlis akad nikah Fattah dan Amira disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan bapa pengantin perempuan menjadi saksi utama.

Pasangan ini terus bahagia, berkongsi detik penting yang menjadi inspirasi buat mereka yang mengikuti kisah cinta selebriti tanah air.

Sumber: Threads storybyadibaizat, OhMyMedia