Adira sah bercerai dengan Dato Red, talak satu

Hari ini telah disahkan bahawa perkahwinan antara penyanyi Adira dan juga Datuk Seri Adnan Abu atau Dato Red akhirnya berakhir.

Sembilan tahun melayari bahtera rumah tangga, Dato Red, 46 tahun telah melafazkan lafaz talak satu kepada Adira, 32 tahun.

Lafaz diungkapkan di depan Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Selangor.

DATO RED KELIHATAN SUGUL 

Mereka disahkan berpisah sekitar jam 9.45 pagi tadi.

“Bahawa saya Adnan Abu dengan ini telah menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu.”  

Sebaik saja melafazkan berkenaan, Dato Red kelihatan amat sugul dan tertunduk sayu dan Adira pula dilihat dalam keadaan tenang.

Ketika keluar dari mahkamah, Dato Red dilihat hanya tersenyum saja dan tak mahu memberi sebarang kenyataan.

“Tanya dia,” Kata Dato Red sambil menunjuk kepada Adira.

Dato Red kemudian beredar menaiki motorsikalnya.

TAK TUNTUT NAFKAH 

Dari laporan, Adira telah bersetuju untuk tak buat tuntutan sebarang nafkah dari Dato Red.

“Alhamdulillah semuanya tenang saja. Semoga akan dipermudahkan seperti apa yang kami dah bincang.”  

“Kini lebih tenang dan apa saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting adalah tenang.” 

“Syukur alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Saya bersyukur sebab akhirnya selesai. Saya banyak berdoa agar hati Dato Red akan dilembutkan Illahi.” 

TAK GADUH

Kata Adira walaupun dah tidak lagi bergelar suami isteri, mereka masih dalam keadaan baik.

“Tidak semestinya bercerai kena bergaduh, tak perlu nak buka aib pasangan. Macam mana pun, anak-anak tetap kami akan dibesarkan bersama sama.” 

“Kami ambil langkah untuk tak bergaduh agar senang berhubung selepas bercerai.” 

“Dato Red juga setuju untuk cerai jikalau saya tak tuntut apa-apa. Tetapi keputusan ini dibuat atas kehendak saya sendiri.” 

“Apa yang pasti, saya tak mahukan apa-apa lahi kerana tak nak susahkan lagi dia. Iya lah, sekarang ni dia pun tengah down.” 

“Kita doakan yang terbaik buatnya. Saya percaya kalau rezekinya murah, ada bahagian untuk anak-anak saya juga nanti.” 

TENTANG ANAK-ANAK 

Adira berkata, anak akan dijaga olehnya, dan bekas suami boleh bertemu bila-bila masa saja.

“Sekarang ni, saya jaga anak-anak, namun saya tak ada nak menghalang Dato Red datang jenguk, ambil anak atau nak bermalam pun boleh, semua atas persetujuan kami bersama.” 

“Anak-anak pun tak tahu lagi, saya pun tak beritahu lagi tapi Anggerik mesti tahu sebab sudah pandai baca sekarang ni.” 

Untuk info, pada 25 Oktober lepas, Adira telah failkan perceraian terhadap Dato Red dengan alasan tiada persefahaman.

Mereka berdua bernikah pada 3 Disember 2015, yang mana Adira menjadi isteri kedua Dato Red.

Hasil perkahwinan selama 9 tahun, mereka mempunyai empat orang anak.

Kini Dato Red juga berdepan dengan tuntuan penceraian dari isteri pertamanya iaitu Datin Red.

DALAM USAHA BANGKIT 

Sebelum ini, Dato Red telah membuat pengakuan bahawa dirinya telah diistiharkan muflis.

Kisahnya mendapat perhatian ramai, dan mula aktif di laman media dengan membuat sesi live.

Banyak pihak cuba membantunya dengan memberinya peluang pekerjaan termasuk menjadi duta, menjadi model dan juga peluang berniaga.

Kini Dato Red dalam usaha untuk kembali bangkit dalam kerjayanya.

Ucapan takziah diucapkan buat Adira dan juga Dato Red, semoga segalanya dipermudahkan buat kedua mereka.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.