[VIDEO] Gempa Bumi Kali ke-6 Gegar Segamat, Penduduk Sedia Pelan Kecemasan – Agong Titah Solat Hajat

Enam siri gempa bumi sudah melanda Segamat sejak 24 Ogos lalu. — Gambar hiasan

SEGAMAT, JOHOR – Daerah Segamat kembali digegarkan dengan gempa bumi kali keenam pada pagi Sabtu, 30 Ogos, sejak kejadian pertama direkodkan pada 24 Ogos lalu.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 2.7 magnitud berlaku kira-kira jam 7.29 pagi. Walaupun kecil, gegaran itu mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan penduduk.

@majoritiofficial Ramai yang dah mula ambil langkah berjaga-jaga. Semoga baik-baik saja. Klik link untuk artikel penuh #gempabumi #segamat #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #majoriti ♬ original sound – Majoriti Official

Pelan Kecemasan Penduduk

Rata-rata penduduk berkongsi langkah kesiapsiagaan di media sosial, antaranya menyediakan beg kecemasan, stok makanan, dan memberi taklimat kepada anak-anak.

“Saya dah buat pelan kecemasan – kunci rumah letak di bilik tidur, topi keledar di tepi katil, lampu suluh dan makanan segera disiapkan. Anak-anak juga diberi penerangan jika berlaku di sekolah,” kata Azha Aziz.

“Setiap ahli keluarga ada satu beg galas berisi makanan, ubat, air, pakaian, dan barang keperluan asas. Saya lebih tenang bila sudah buat persediaan,” kata Areenz Sulaiman.

Antara barangan kecemasan yang diperlukan sekiranya berlaku bencana alam. — Gambar hiasan

Kerosakan Bangunan

Walaupun tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan, sekurang-kurangnya lima bangunan kerajaan mengalami keretakan kecil akibat gegaran terbaru itu.

- IKLAN -
@vocket Kejadian pagi tadi.. (30 Ogos 2025) #gempabumi #segamat #johor #vocket ♬ original sound – vocket

Titah Yang di-Pertuan Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan agar semua masjid dan surau di Johor melaksanakan solat hajat serta doa selamat demi memohon perlindungan Allah daripada sebarang musibah.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan titah berkenan memohon perlindungan ALLAH agar sentiasa melindungi rakyat daripada sebarang bencana,” menurut kenyataan Istana Johor di Facebook.

Nasihat & Persediaan

Gempa bumi di Malaysia jarang berlaku, namun insiden berulang di Segamat wajar dijadikan peringatan. Antara persediaan asas yang boleh dilakukan setiap keluarga:

  • Sediakan beg kecemasan berisi makanan segera, air minuman, ubat-ubatan dan dokumen penting.
  • Pastikan lampu suluh & bateri penuh mudah dicapai.
  • KenaI pasti tempat berkumpul jika berlaku kecemasan.
  • Latih anak-anak tentang apa yang perlu dilakukan semasa gegaran.
  • Ikuti pengumuman rasmi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan pihak berkuasa tempatan.
Cerita, Tanpa Cerita-Cerita.

Sumber – majoriti