Video Terbaru Abby Abadi Bersama Memey Suhaiza Dan Norman Hakim Curi Perhatian Warganet. Kuat Betul Kasih Sayang Tiga Orang Hebat Ni. Memey Pun Nampak Ikhlas Sayangkan Abby. Cinta Tanpa Syarat Ye Mama Abby, Touching !!

Kisah lama mereka sudah lama terkubur dan dicampakkan jauh daripada kehidupan. Redha dan ikhlas berkasih sayang demi Allah, itu prinsip yang dipegang erat oleh Abby Abadi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Suka duka dilalui bersama dan mereka antara pasangan yang dipuji oleh ramai warganet.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Abby bersama Memey dan Norman. Kemesraan mereka bukan lakonan dan keikhlasan serta kasih sayang itu turut dirasai oleh semua yang melihat mereka.

Kapsyen Abby yang dimulai dengan ayat ‘ Cinta Tanpa Syarat ‘ umpama menggambarkan ukhuwah yang terjalin antara mereka bertiga. Tetap kuat menghadapi segala yang datang, warganet juga memuji Abby kerana tidak mudah melatah dan tenang orangnya.

Abby turut bercerita di ruang kapsyen mengenai anak perempuannya yang dipanggil baby iaitu Danisha. Mereka berdua menjalani shooting masak-memasak bersama-sama dan ianya agak sukar kerana Danisha sangat pemalu orangnya. Memasak depan kamera, mahu tak malu kan. Silap-silap tertukar garam dengan gula.

Jom tonton video di bawah :

Sejak posting ini dimuatnaik, ianya telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Abby ni orang baik2.. hati dia baik, ikhlas.. Allah uji sbb nk bg pahala byk.. kalau jadi pada saya belum tentu saya blh sabar n memaafkan mcm ni.. tapi hebatnya kak Abby ni dia rileks je ikhlaskan.. ”

” respect dan salute pada abby. Bukan mudah untuk seorang wanita. Kuat hatinya. Allah uji pada mereka yg mampu.. ”

” Saya ttp suka dgn family mereka ni… Ada masalah pn hadapi dgn tenang… tak mudah melatah… apa yg trjadi Tu da tetulis sape Kita NK mlawan takdir Kan.. smoga hubungan keluarga mereka hingga ke jannah… aamiin.. ”

” Sweet la korg.. suka tengok depa ni.. moga kekal bhgia ke Jannah.. Hati abby ni murni n baik. Orang lain belum tentu boleh berbaik macam ni.. ”

” Sebak tgk memey cium abby… semoga kalian semua sehat dan kuat serta bahagia selalu.. suka tgok + terinspirasi.. ”

” Semuga semua urusan dipermudahkan .. kamu bertiga dah bagi yg terbaik utk anak2 mu.. berserah pada Allah ya.. ”

” Alhamdulillah… sedih pulak aku nengok kemesraan Abby dn Memey… walaupun Pernh terluka tp nmpk ny Abby dh redha semuany. Semoga yg baik² utk mereka semua. Kuat dn redha.. ”

Allah sebaik-baik pengatur dan Allah juga lah yang menghadirkan rasa sayang dalam hati semua makhluknya. Semoga kasih sayang yang terjalin antara Abby, Memey dan Norman ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berkekalan sampai ke akhir hayat.

Sumber : ig Mamayebbyyabadi, IG Memey Suhaiza

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*