” Congrats kakak, you are engaged now.. ” – Ara Aziz

Gambar-Gambar Majlis Pertunangan Anak Aziz M. Osman, Puteri Aisya. Cantiknya Aisya, Sama Macam Ibunya, Nor Aliah Lee. Encik Tunang Pun Handsome, Sama Cantik Dan Sama Padan !!

Meninjau ke akaun Instagram, beberapa perkongsian gambar sekitar majlis pertunangan anak kepada pelakon dan pengarah terkenal, Aziz M.Osman iaitu Puteri Aisya telah dimuatnaik. Majlis pertunangan ini telah berlangsung pada 1 Jun lepas secara sederhana.

Bertemakan warna krim, Puteri Aisya dilihat sangat cantik dan manis dengan baju kurung modennya. Bakal suami Puteri Aisya juga turut hadir dengan berpakaian sedondon dan turut mengabadikan kenangan bergambar bersama di atas pelamin.

Majlis berlangsung secara ringkas, namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga. Malah adik kepada Puteri Aisya iaitu Ara Azizi turut mengucapkan tahniah menerusi posting di akaun Instagram miliknya dan mereka sememangnya sangat rapat sejak dari kecil lagi.

Perkongsian ini telah menerima lebih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun Puteri Aisya dan Ara berlainan ibu, namun mereka sangat mesra dan buat pertama kali Ara menjadi ‘ gadis dulang ‘ untuk majlis pertunangan kakaknya itu.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN-> untuk gambar seterusnya.. )

( Klik butang KANAN-> untuk gambar seterusnya.. )

Sekadar info, Puteri Aisya merupakan anak Aziz bersama bekas isterinya iaitu Datin Nor Aliah Lee Abdullah. Menerusi perkahnwinannya yang terdahulu itu mereka telah dikurniakan seramai lima orang cahaya mata. Kini, Datin Nor Aliah juga sudah berkahwin lain.

Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Puteri Aisya dan pasangan atas ikatan pertunangan yang termeterai. Semoga segala urusan dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya dan segala yang dirancang berjalan dengan lancarnya seperti yang diharapkan. Amin..

 

Sumber : IG Ara Aziz, Puteri Aisya

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.