“Shuib dah buat Solat istiharah ke?”.. Tular pula video baru Watie ‘happy2’ dengan kawan..

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio, Shuib mengikat tali pertunangan dengan usahawan, Watie Hanifiah di kediaman keluarga wanita itu di Shah Alam.

Difahamkan, majlis pertunangan itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak seramai 30 orang.

Menerusi video yang dimuat naik dalam media sosial, Shuib yang segak berbaju Melayu hijau meminta doa orang ramai agar hasrat bernikah dengan wanita pilihan hatinya berjalan lancar.

“Semoga perjalanan kami dipermudahkan, doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya.

Selepas kerap kali dilihat memakai pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa majlis hiburan, duda empat anak ini akhirnya menamatkan spekulasi hubungan percintaan mereka selepas mengumumkan tarikh pernikahan pada 23 Jun depan.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Rumah tangga pasangan itu diuji dengan berita kematian arwah Siti Sarah akibat jangkitan Covid-19, dua tahun lalu.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.