“Terima padah.. Inspektor Sheila sudah dicekup..” Polis dedah ini hukvman yang bakal meninmpa Ispektor Sheila..

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang mencetuskan kekecohan di parkir pusat beli-belah di Brickfields, seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Menurutnya, tindakan tatatertib dan pemeriksaan kesihatan mental terhadap wanita itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan susulan laporan yang dibuat seorang wanita berusia 27 tahun mengenai kejadian.

“Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa kejadian berlaku pada 5.26 petang kelmarin ketika dia sekeluarga meletakkan kenderaan di lokasi itu.

“Hasil siasatan mendapati berlaku selisih faham apabila OYDS (orang yang disyaki) ingin meletakkan kenderaan di sebelah kenderaan pengadu tetapi pintu pemandu dan penumpang belakang kenderaan pengadu terbuka.

“Pengadu menyatakan neneknya sedang menukar lampin pakai buang anak saudara ketika itu. OYDS tidak puas hati menekan hon dan menjerit memarahi pengadu serta ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita itu turut memperlekehkan pakaian pengadu yang kelihatan seksi sambil merakam video.

Bagaimanapun, katanya, perselisihan faham itu dileraikan oleh saksi kejadian iaitu pasangan suami isteri sebelum pengadu beredar masuk ke dalam pusat beli-belah.

Amihizam berkata, kes masih dalam siasatan dan menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video tular itu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, pegawai polis wanita yang mencemuh dan menghina anggota polis pangkat bawahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves pada Khamis lalu sekali lagi mencetuskan kekecohan.

Ia susulan satu video memaparkan wanita berkenaan merakam pemandu wanita di parkir pusat beli-belah di Brickfields, semalam.

Video berdurasi seminit 30 saat itu tular di media sosial.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*