“25 tahun besarkan anak.. Tp Dibunuh dgn kej4m. “Netizen sebak lihat Ibu Farah usap kvbur anaknya..
Kerinduan mendalam terhadap Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah mendorong ahli keluarganya menziarahi pusara graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu, hari ini.
Pagi tadi, keluarga Nur Farah Kartini terutama ibunya, Salmah Abdullah meluangkan masa di kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini.
Menurut abang arwah, Mohd Farizza Amir Abdullah, 28, buat masa ini emosi ibunya masih tidak stabil.
“Pagi ini abang saya membawa ibu ke kubur untuk menziarahi kubur arwah adik. Emosi ibu masih tidak ok tetapi kami reda.
“Esok, kami mungkin pulang tetapi ibu akan berada di rumah saya di Seri Kembangan, Selangor.
@utusantvofficial Replying to @zainioffical0 . 18 JUL 24: Al-Fatihah. 📽 UtusanTV. #upsi #pekanpahang #farahkartini #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ Untuk Terakhir Kali Kulihat Wajahmu – Ercandra
“Tidak pasti bila ibu akan pulang ke Miri, Sarawak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Farriza Amir berkata, pada masa sama, dia dan ahli keluarga berterima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan semua pihak sepanjang urusan pengebumian adiknya.
“Saya reda dengan segala yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Semalam, jenazah Nur Farah, 25, tiba di tanah perkuburan kira-kira 5 petang dari Hospital Sungai Buloh, Selangor dan segera disemadikan.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.