Laju je mata netlzen. Gambar no4 tu ramai perasan babyBump watie “Muka ada senyum wak…”

Hantaran isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah meraih perhatian wargamaya apabila dilihat seakan memberi petunjuk sedang berbadan dua.

Baby bump?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dilihat mengenakan ‘dress’ berwarna biru muda.

- IKLAN -

Pada perkongsian itu, Watie memuat naik beberapa foto semasa pelancaran restoran Sepah Penyet yang diusahakan oleh Shuib dan Mamat.

Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian apabila kelihatan seakan ‘baby bump’ pada perut Watie.

Netizen doakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen masih berteka-teki dengan hantaran yang dimuat naik itu. Selain itu, warganet turut mendoakan agar dipermudahkan urusan jika Watie dan Shuib bakal menimang cahaya mata.

Sumber: Instagram @iamwatie