“Pelaku Diuji?” – Caprice Naik Angin, Netizen Masih Pertahankan Pelaku

Caprice sekali lagi menarik perhatian netizen selepas membidas kenyataan seorang pengguna Instagram yang dilihat cuba mempertahankan pelaku dalam kes gangguan seksual yang tular baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menerusi perkongsian di IG Story, Caprice menyelar komen @mr_adammatiin yang menyeru orang ramai agar tidak mencari salah sesiapa dan mendoakan yang terbaik untuk pelaku.

Caprice tidak berdiam diri dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa yang trauma akibat kejadian berkenaan.

Hey bodoh, bukan kita yang cari salah orang, orang tu yang lakukan jenayah terhadap mangsa yang trauma. Dan mangsa yang cari kita.- Tegas Caprice.

“Kalau adik kau kena, kau nak cakap apa?”- Caprice.

Tambah Caprice lagi, empati seharusnya diberikan kepada mangsa, bukan kepada pelaku yang disanjung hanya kerana dikenali ramai atau mempunyai pengaruh.

- IKLAN -

Kalau pelaku muka hodoh, confirm kena kecam bertubi-tubi. Tapi kalau pelaku orang korang minat… ‘Wei, dia diuji..’

Caprice turut menempelak kenyataan lain oleh individu sama yang mengatakan bahawa pelaku diuji oleh Tuhan dan perlu diberi peluang.

Imagine adik kau yang kena. Adik kau mangsa. Adik kau trauma. Lepas tu kau pergi dekat si pelaku dan bagi tahu pelaku yang Allah sayang si pelaku. Kau b0d0 ke bengap?- Tulis Caprice penuh geram.

Pssttt! Kita perlu lebih berhati-hati dalam menzahirkan empati, terutama sekali bila berdepan isu mangsa dan pelaku. Jangan normalisasikan penderitaan mangsa dengan alasan “pelaku diuji”. Keadilan harus ditegakkan dan suara mangsa perlu diangkat, bukan diketepikan demi sentimen simpati tidak bertempat.

Kredit: Instagram Caprice