Gara2 Isteri Baru Duduk Rumah Bekas Isteri Di Tanah Mentua, Ramai Setuju Dgn Tindakan Wanita Ini

Pendirian berani seorang wanita bernama Mira Lestari yang nekad merobohkan rumah miliknya yang dibina atas tanah mentua sempat tular beberapa hari lalu. Isu itu tercetus bila mana bekas mentua meminta Mira untuk membeli semula tapak tanah berharga RM88,000+ yang sebelum ini diberikan secara percuma atas dasar kasih sayang.

Sudah diberi pilihan, bekas suami tetap pilih motosikal & kereta…Mentua pula, anak salah tetap dibela

Dalam sebuah live TikTok terbaru, Mira tampil mendedahkan maklumat lanjut tentang apa yang berlaku. Setelah terjadi penceraian, mereka bersetuju membahagikan harta sepencarian secara adil. Oleh kerana rumah itu dibina menggunakan wang sendiri, Mira secara automatiknya mendapat hak pemilikan kekal. Manakala bekas suami mendapat semua motosikal serta kereta. Tapi yang sebenarnya, dari awal lagi Mira mahu serahkan rumah berkenaan namun lelaki itu menolak secara habis-habisan.

“Proses merobohkan rumah ini bukan percuma. Aku bayar RM37,000+ kepada bekas suami. Jadi sebenarnya, aku tak dapat apa-apa. Cuma dapat sisa-sisa. Ada 1 motor sebagai harta sepencarian, itu pun tagih dengan bekas suami”

Mahu beli tanah dari awal tapi mentua taknak…Tak sangka akhirnya jadi macam ni

Sebelum rumah tersebut dibina, Mira rupanya berhasrat mahu membeli dahulu tanah berkenaan. Namun mentuanya berbaik hati untuk berikan secara percuma tanpa sebarang hitam putih. Siapa sangka, kini wujud isu berbangkit setelah penceraian itu terjadi.

Nak kahwin 10x pun terserah, yang penting harta bahagikan dulu

Reda dengan penceraian itu, Mira juga masih tenang saat mendapat khabar bahawa bekas suaminya akan berkahwin lagi selepas raya.  Walau bagaimanapun, jiwanya mula tercabar selepas dia mengetahui isteri baru bakal dibawa duduk ke dalam mahligai yang dibina hasil penat lelahnya sebelum ini. Padahal, konflik membabitkan pemilikan tanah mentua belum lagi selesai. Hari ini merupakan fasa terakhir meratakan rumah berkenaan kerana Mira sudah memanggil khidmat mesin jengkaut.

“Jangan cakap eiii sayangnya, sayangnya rumah diroboh. Lelah cari duit bangunkan rumah ni. Ingat senang nak bangunkan rumah ni? Perniagaan hampir muflis. Anak 2 aku yang tanggung”

 

KREDIT : TikTok Ibuk_Tety Mira Lestari

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*