Terharu! Anne Gadai Emas & Jadi Pencuci Demi Suami, Kisah Mereka Buat Ramai Sebak

Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita hebat yang menjadi tulang belakangnya. Baru-baru ini, pelawak dan pelakon Achey berkongsi kisah pengorbanan isterinya, Anne, yang ramai tak tahu selama ini. Dalam satu podcast, Achey dedahkan Anne pernah gadai cincin kahwin dan bekerja sebagai pencuci semata-mata nak pastikan dia dapat terus bertahan dalam dunia hiburan.

Pelawak dan pelakon, Achey baru-baru ini membuat pendedahan dalam satu podcast tentang pengorbanan isterinya yang orang ramai tidak tahu.

@sembangseram Sebak sangat2 kisah Achey ni, memang kena standby tisu😭 #Sembangseram #AcheyBocey #AcheyKintangKintung #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Bocey #Ceritaseram #Ceritahantu ♬ original sound – sembangseram

Akui Achey atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah, orang ramai hanya melihat luaran isterinya memakai gelang emas, nampak senang dan bahagia. Namun, tidak ramai yang tahu pengorbanan wanita itu sebelumnya.

“Kalau orang tanya kenapa saya manjakan isteri, sebab dia dah lalui macam-macam. Yang tahu hanya kami berdua.

“Dia pernah gadai cincin kahwin, pernah jadi pencuci, semata-mata nak saya teruskan perjuangan dalam industri.

- IKLAN -

“Jadi, bila orang persoalkan kenapa isteri saya pakai barang kemas, itu adalah ganjaran atas semua jerih perih dia. Dia percaya dengan suaminya, walau masa depan masa tu kabur,” kata Achey.

Namun begitu, pengorbanan isterinya, Nor Hasanah atau Anne tidak terhenti di situ dan terpaksa berdepan dengan dugaan untuk mendapatkan zuriat.

Achey berkata, dia dan isteri pernah membuat persiapan untuk melakukan rawatan kesuburan.

Namun diuji, iaitu pada malam separuh akhir Muzikal Lawak Superstar, Anne perlu menjalani pembedahan untuk membuang tiub falopio.

“Pada mulanya kami buat persiapan untuk IVF (Persenyawaan In Vitro) dan IUI (Inseminasi Intrauterin), kami ikut prosedur dan jaga pemakanan.

“Sehinggalah satu malam isteri saya dimasukkan ke hospital selepas dia mengadu sakit pada bahagian rahim.

“Pada hari itu kami menerima berita yang kami perlu terima selama-lamanya, tiub falopio isteri saya terpaksa dipotong.

“Bukan satu tetapi kedua-duanya sebab satu sudah tersumbat dan satu lagi sedang membengkak,” kongsi Achey.

Walau bagaimanapun, mereka reda dengan kenyataan perit iaitu mereka tidak boleh mendapatkan zuriat secara normal.

“Kami reda dan isteri saya berkata, ‘minta maaf sayang, saya tak boleh nak bagi awak zuriat.’

“Selama-lamanya secara logik dan saintifiknya kami tidak boleh dapat anak secara normal walaupun semua orang suruh kami pergi berubat.

“Salah satu cara adalah dengan IVF, di mana doktor boleh mengambil telur,” jelas Achey.

Sekadar info, Achey dan Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada 2011 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sehinggalah pada tahun 2018, pasangan suami isteri ini mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah, 7.

Cerita Anne ini bukan sahaja tentang kasih sayang, tetapi juga tentang kesetiaan dan keazaman dalam menghadapi ujian hidup bersama. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat pasangan lain supaya terus kuat dan saling menyokong dalam apa jua dugaan yang datang.

Kredit – Sinarplus