Pakcik Di Halau Dari Surau Rupanya Bapa PU Azhar, Anak Luah Rasa Kecewa Dan Geram

- IKLAN -

Insiden seorang warga emas yang dihalau keluar daripada Musolla Halaman 11 di Bandar Rimbayu, Teluk Panglima Garang, Selangor telah mencetuskan rasa kecewa dan kemarahan ramai apabila diketahui lelaki itu adalah bapa kepada pendakwah dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) musim ketiga, Azhar Hilmi.

Azhar berkongsi di Facebook bahawa bapanya seawal pagi akan ke surau untuk menunaikan solat Subuh dan selepas itu duduk beriktikaf membaca al-Quran menunggu waktu Dhuha. Namun, pada pagi yang dimaksudkan, seorang wanita dipercayai wakil pengurusan surau datang dan terus menghalau bapanya keluar dari surau.

PU Azhar kecewa dengan tindakan wanita menghalau bapanya dari surau.

“Dia siap rakam video abah secara terbuka seolah-olah abah ni buat salah besar. Tak ada adab. Tak ada ihsan. Tak ada rasa hormat,” kata Azhar.

- IKLAN -

Beliau bertanya dengan penuh kesal, “Sejak bila surau jadi tempat eksklusif yang orang tua pun boleh kena halau?” Bapanya bukan tidur, tidak buat bising atau mengganggu sesiapa, hanya duduk diam membaca al-Quran dan menunggu waktu solat Dhuha sebelum pulang.

Azhar menegaskan bahawa layanan sebegini terhadap orang tua yang datang ke rumah Allah sangat tidak wajar dan mencerminkan sikap masyarakat yang semakin hilang rasa hormat dan adab.

Sebelum ini, video insiden wanita dipercayai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) Halaman 11 yang menghalau jemaah bukan penduduk daripada beriktikaf di surau itu tular di media sosial. Wanita tersebut mendakwa bil utiliti surau dibayar melalui yuran penyelenggaraan penduduk taman, maka mereka mempunyai hak eksklusif menggunakan surau.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa (AJK) Musolla Halaman 11 menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa semua kos operasi dan bil utiliti surau ditanggung sepenuhnya menggunakan sumbangan orang ramai, termasuk daripada lelaki yang dihalau itu sendiri.

Isu ini terus menjadi perhatian dan perdebatan hangat mengenai hak penggunaan surau dalam kawasan berpagar serta layanan yang wajar diberikan kepada jemaah, khususnya warga emas.

@mstarmalaysia Wanita halau pakcik sedang iktikaf dalam surau, ungkit penduduk bayar bil utili #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment ♬ original sound – mStar Official