“Saya Tengok Depan Mata Saya” – Aaron Aziz Tua Dan Tak Fit? Ini Respon Zul Ariffin

Sebelum ini kecoh diperkatakan mengenai pelakon Datuk Aaron Aziz digugurkan daripada penggambaran sebuah filem di atas faktor kesihatan. Pelakon kelahiran Singapura itu juga dikatakan sudah berusia dan ‘slow’ untuk melakonkan aksi berlawan.

@skoptiktok wowww #fyp #skopproductions #skoptiktok #capcut #syeriff #newfilms ♬ original sound – SKOP PRODUCTIONS

Namun, perkara itu disangkal Zul Ariffin yang kini difahamkan sedang menjalani penggambaran filem dengan aktor tersebut.

Menurut Zul, Aaron masih lagi boleh melakukan babak fighting seperti dulu. Dia berasa yakin kerana melihat sendiri pelakon berkenaan beraksi ketika shooting bersama.

Katanya, dia dan aktor itu mempunyai perbezaan umur sebanyak 10 tahun namun dia melihat ianya bukanlah satu kekangan.

Dia kuat, dia lebih kurang saiz saya. Saya 100kg, dia 90kg. Dia move pun lebih kurang, silap-silap saya slow sikit. Saya tak tahu apa isu dia yang sebelum ini, saya tengok depan mata saya, semuanya okay.

Tidak tahu isu sebenar yang berlaku, pelakon filem J Revolusi ini berharap segala perselisihan faham dengan mana-mana pihak dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: Instagram Official Hlive via ohmedia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*