Abby Abadi Hilang Sabar Marissa Tuduh Mereka Cerita – ‘Jagalah Aslam Baik-Baik, Semoga Bahagia Hingga Syurga’

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kesal dengan sikap anak perempuannya, Marissa Dania yang mendakwa segala kisah yang dikongsi adalah sekadar rekaan.

Jagalah suami baik-baik

Menerusi luahan yang dimuat naik di Threads, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan enggan memberi ruang setelah berkali-kali berdiam diri.

Menurutnya, dia tidak teragak-agak untuk berkongsi bukti jika terdapat video atau gambar ketika kejadian berlaku.

Mama buat cerita? Sedapnya menulis.

Nasib baik tiada video atau gambar waktu kejadia. Kalau ada, memang jadi kurang sabar untuk sebarkan.

Dah lama sangat simpan. Banyak sangat hal, tak terpendam. Banyak kali bagi muka. Kali ini cukuplah.

Nasihat ibu kepada anak

Dalam pada itu, Abby dilihat menitipkan pesanan ringkas kepada Marissa untuk menjaga suami dengan baik.

Jagalah Aslam baik-baik ya Marissa.

Semoga bahagia hingga ke syurga.

Untuk rekod, Marissa sah bergelar isteri kepada Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya secara bersua muka.

———-

Pelakon, Abby Abadi akhirnya hilang rasa sabar selepas anak perempuannya, Marissa Dania, memuat naik kenyataan meminta dia berhenti menyebarkan kisah tidak benar.

Menurut laporan mStar, Abby menyifatkan tindakan Marissa itu sebagai tidak adil dan menjelaskan bahawa dia hanya berdiam diri selama ini kerana menjaga hati banyak pihak.

Mama buat cerita? Oh tidak! Sedapnya menulis panjang berjela. Yang melempang itu abahnya (Faizal). Maknya juga yang disebut, tuduh pula kata buat cerita ya.

“Nasib baik tak ada video, kalau tak…” – Abby Abadi

Abby turut mendedahkan kejadian lama di mana menantunya, Aslam, ditampar oleh suaminya sendiri, Muhammad Faizal Zakaria, namun tiada bukti rakaman disimpan.

Nasib baik tak ada video atau gambar waktu kejadian. Kalau ada memang jadi kurang sabar untuk sebarkan.

Simpan terlalu lama, kini dah tak boleh pendam!

Menurut Abby, kesabarannya sudah sampai ke tahap maksimum dan dia mengakui sudah terlalu lama memendam rasa terhadap anaknya itu. Dia juga menyatakan tidak lagi mahu ‘beri muka’ selepas ini.

Banyak kali bagi muka, kali ini tak kasi ruang sudah. Cukup!

Walaupun kecewa, Abby tetap mendoakan kebahagiaan rumah tangga Marissa dan Aslam, dan berharap anaknya menjaga rumah tangganya dengan baik.

Jagalah Aslam itu baik-baik ya Marissa. Semoga bahagia hingga ke syurga Firdausi.

Kadang-kadang, diam bukan bermaksud salah. Tapi bila kesabaran diuji berkali-kali, suara ibu pun boleh berubah jadi amaran. Hormat orang tua, jangan hanya bila segalanya sudah terlambat.

Kredit: mStar, Threads @abbyabadi_112

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*