“Ada dia cakap duit…” – Netlzen dedah Arwh ada ckp sblm saklt dlm ‘live’

Penyanyi nasyid, Suhaimi Saad, mengaku seringkali menerima pertanyaan ramai yang sangsi dengan pekerjaan sebenarnya selepas sebelum ini pernah dituduh hanya duduk goyang kaki.

Menurut Suhaimi, dia tidak berasa perlu untuk bercerita kepada orang ramai apakah pekerjaannya kerana hal itu cukup peribadi.

Namun, dalam satu perkongsiannya di Tiktok, Suhaimi mengaku terpaksa juga memberitahu hal itu kepada umum agar selepas ini tidak lagi ditohmah hanya makan duit isteri.

“Sebenarnya saya ini tak suka sangat bercerita pasal pendapatan atau gaji semua kepada orang. Tapi ramai sangat tanya pasal ini.

“Kalau saya buat live pun, ramai penonton tanya ‘abang kerja apa, abang buat apa sekarang, abang tak kerja ke?’ Bila saya cerita, harap tak ada lagi orang bertanya,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 41 tahun ini, dia juga mempunyai sumber pendapatan dari hasil kutipan ’royalti’ yang diterima menerusi lagu nyanyian dan ciptaannya.

Biarpun kutipan itu tidak sampai ratusan ribu, namun bekas anggota kumpulan In-Team ini masih mampu menampung pembelanjaan isteri iaitu Ina Naim dan anak-anak dalam tempoh beberapa bulan.

“Kalau korang pergi dekat Google, taip Suhaimi Saad akan keluar gambar SS dan tulis penyanyi. Alhamdulillah saya dah menyanyi dari 2000 hingga sekarang.  Ada lebih 10 buah album termasuk bersama In-Team dan solo serta kompilasi.

“Jadi setiap lagu yang diputarkan di radio, TV, pusat karaoke dan sebagainya, ada pihak akan kutip royalti dan bayar. Termasuk penyanyi, penulis lirik, pencipta lagu dan juga pemuzik. Saya dapat tiga la dari empat itu, sebab tak main muzik.

“Jadi royalti ini dibayar secara tahunan, dua kali setahun. Tak ada la sampai ratusan ribu tapi kalau kita pandai berjimat Insya-Allah cukup untuk beberapa bulan.

“Kalau saya meninggal dunia nanti, royalti ini akan bayar kepada waris iaitu Ina Naim dan anak-anak. Itu saya boleh katakan sebagai pendapatan bulanan,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kias Cinta ini turut memberitahu dia juga membuat kelas mengaji Al-quran dengan meletakkan yuran bayaran sebanyak RM100 selain memberikan khidmat urutan dan perniagaan secara talian bersama isteri.

“Untuk bulanan sebelum ini, saya buat kelas Al-quran belah malam, sebab siang saya mengajar anak-anak dan ada urusan lain.Katakanlah seorang baca Al-quran, secara online mengaji, dia bayar RM100, kalau ada lima orang murid, maknanya ada RM500 sebulan.

“Untuk mingguan, saya mengajar anak-anak mula dari Ahad hingga Khamis. Jadi Jumaat dan Sabtu cuti. Bila cuti, saya buat khidmat urut.pernah viral. Pernah tular.

“Katakan satu hari tiga orang dan darab RM100 jadi RM300 sehari. Dua hari boleh dapat hingga RM400. Itu pendapatan mingguan. Pendapatan harian pula saya ada buat bisnes online bersama Ina,” katanya.

Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.