Sera akui dah tunang,nikah tahun depan ,Shuk block Sera
Selepas berkongsi berita gembira mengenai pertunangannya bersama jejaka pilihan pada Ahad lepas, bekas isteri kepada pelawak dan pengacara, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjelaskan perkara itu adalah benar dan bukan gimik.
Katanya, majlis tersebut telah diadakan di kediaman bapa saudaranya.
“Bukan gimik. Ia memang majlis pertunangan.
“Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang ‘breakout’,” katanya.
Memetik laporan Harian Metro, dia bakal manamatkan zaman jandanya pada tahun hadapan, namun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara tersebut.
“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan.
“Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Sera mengaku baru beberapa bulan mengenali bakal suaminya dan berharap jejaka berasal dari Perak itu dapat menerima anak-anak dan juga keluarganya kelak.
“Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama.
“Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai reaksi bekas suaminya terhadap berita pertunangan tersebut, Sera bagaimanapun memaklumkan, dia dan Shuk sudah tidak lagi berhubung.
Malah, mereka sudah tidak lagi mengikuti satu sama lain di platform media sosial.
“Dia tak tahu sebab benda ini berlaku tiba-tiba. Saya pun tak ada hubungi dia. Dia sekat WhatsApp dan Instagram saya. Kami sekat satu sama lain,” ujarnya.
Terdahulu, Sera mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan momen manis sepanjang majlis pertunangannya.
Sekadar info, Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.
Namun, pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas Shuk terpalit dengan beberapa siri kontroversi membabitkan orang ketiga dalam rumah tangganya.
Sumber: Harian metro
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.