Reaksi spontan Janna Nick lepas dengar suara Mas Idayu

GELAGAT pengacara program nyanyian Famili Duo musim keempat (FD4) Janna Nick dan juri tetap iaitu Mas Idayu pastinya akan dikenang oleh penonton setia rancangan berkenaan.

Telatah bersahaja dua selebriti itu akan dirindui penonton yang terhibur melihat mereka sering usik mengusik dan bertikam lidah sepanjang program berkenaan bersiaran.

VIDEO :

@spraysekalitahan3hari Bila @jannanick95 yang jadi juri. Memang habis la… #perfumeparadise #familiduotv3 ♬ Funny funny weird – MrM

@tv3malaysia Janna tolong behave yerr…bila mummy nyanyi 😆😆 #FamiliDuo | Setiap Ahad | 9 malam di TV3! Korang jangan lupa subscribe Tonton untuk mengundi Duo pilihan korang sehingga 150 kali seminggu tau! Korang juga berpeluang untuk menang Samsung Smart TV 65 inci dengan meneka Duo terbaik mingguan!!! 😍 Strim secara langsung melalui Tonton! #FamiliDuo #BerduoLebihBaik ♬ original sound – TV3Malaysia

- IKLAN -

Malah, menerusi hantaran terbaharu di muat naik oleh Janna di Instagram, pengacara berusia 29 tahun itu dilihat masih sempat mengusik Mas Idayu yang dikenali seorang juri yang tegas sepanjang menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Janna berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam FD4.

“Yang baik datang daripada Allah SWT. Yang buruk itu kalau tak saya, mummy (gelaran Mas Idayu).

- IKLAN -

“Minta maaf kalau ada salah dan silap,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur aksi bersahaja Janna serta berharap agar dia dikekalkan sebagai pengacara program berkenaan.

Janna menerima sejambak bunga daripada Dini pada malam terakhir FD4.

“Hahahaha. Nak cari pasal dengan mummy juga ya! Penatlah ketawa.

“Harap tahun depan masih kekal menjadi pengacara Famili Duo,” komen netizen.

Dalam kapsyen sama, Janna turut berterima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang siaran program berkenaan.

“Terima kasih semua yang terlibat dan yang menonton Famili Duo,” ujarnya.

FD4 menyaksikan pasangan adik-beradik Shiha dan Ieda Zikir dinobatkan sebagai juara untuk FD4.

Manakala, tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh pasangan duo Ayie Ilham dan Salma serta Tomok dan Sharul Kamal.