Alif Satar Pesan Pegang Teguh Pada Al-Quran & Sunnah, Akui Dunia Semakin Mencabar – ‘Kalau Ikut, Confirm Tak Sesat’
Selebriti versatil, Alif Satar sedar akan kewujudan pemikiran berbeza dalam kalangan orang ramai dari sudut agama sejak kebelakangan ini.
Dunia semakin mencabar
Justeru, pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar menasihatkan agar orang ramai untuk terus berpegang teguh dengan ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW agar diri tidak terpesong daripada agama.
Tambah Alif, pemikiran seseorang umat Islam itu pastinya tidak akan terpesong apatah lagi terjebak dengan mana-mana ajaran sesat sekiranya beramal dengan berpandukan dua perkara tersebut.
Ikut ajaran al-Quran, sunnah Nabi Muhammad SAW, pasti tidak akan sesat.
Saya pun berpegang teguh dengan semua itu dan menyelami. Saya juga dalam proses menjadi individu lebih baik, belajar.
Ya memang ada pelbagai pendapat tetapi masih tetap perlu kekal dengan dua perkara itu, tak akan hilang sampai bila-bila.
Dalam pada itu, dia mengakui umat Islam hari ini juga berdepan dengan cabaran apabila wujud pelbagai pendapat berbeza tentang agama.
Dunia sekarang sudah berbeza dan sangat mencabar. Ada yang berpendapat itu adalah imej Islam sendiri tetapi semuanya salah.
Perkara-perkara karut sebegitu tak boleh terutama apabila melibatkan ajaran yang salah.
Kalau orang mengikuti ajaran dalam al-Quran serta sunnah, insya-Allah dia tidak akan sesat di dunia dan akhirat.
Alif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem ‘Reeza GTR’ yang diadakan di GSC Mid Valley pada Jumaat.
Pernah didekati golongan berbeza haluan agama
Ketika ditanya pernahkah dirinya didekati golongan yang berbeza haluan terutamanya berkaitan dengan agama, pelantun lagu ‘Cukup Indah’ berpendapat itu adalah satu perkara yang biasa untuk terjadi.
Normal didekati golongan berbeza haluan dalam agama.
Adakalanya memang ada yang sedar sesuatu perkara itu salah tetapi jika ada pemikiran ‘apa salahnya’, semua itu yang memulakan kepada syirik kecil dan sebagainya.
Sebab itu kita perlu terus perbaiki dan tambah baik diri sendiri. Benda itu sangat penting dan sebab itu harus perlu terus belajar.
Walau bagaimanapun, Alif menegaskan bahawa dia tidak pernah merasakan diri terlalu bagus tentang agama sebaliknya akan sentiasa berusaha untuk menjadi seorang Muslim lebih baik setiap hari.
Saya bukan nak cakap diri sendiri sebagai muslim yang sempurna atau ada pendidikan tinggi dalam bidang hadis tetapi kita perlu cuba upgrade serta banyak membaca macam-macam.
Perlu jadi orang Islam yang lebih baik. Itu menjadi sasaran nombor satu saya.
Sekadar info, Alif kini tampil menerusi filem terbaharu arahan pengarah tersohor, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertajuk ‘Reeza GTR’.
Selain Alif, filem yang akan ditayangkan pada 17 Oktober ini turut dibintangi Sophia Albarakbah, Noki, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ropie, Mas Anizan dan ramai lagi.
Sumber : oh bulan
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.