“Sebab2 pengantin perempuan batal perkahwinan saat akhir..” – Ibu pengantin lelaki

Buat bakal raja sehari, majlis perkahwinan merupakan perkara yang paling bermakna buat mereka

Selepas sekian lama, akhirnya tiba masa pasangan pengantin diraikan dalam satu majlis. Sudah tentu ini adalah momen yang akan menjadi kenangan buat mereka.

Apatah lagi akhirnya disatukan dengan orang yang dicintai, malah tema majlis perkahwinan juga tercapai seperti yang idamkan.

Namun, berbeza pula dengan seorang pengantin lelaki yang terpaksa menguburkan hasratnya untuk bertemu dengan pengantin perempuan pada majlis perkahwinannya mencuri tumpuan.

@demflaccoAku kena kuat untuk mereka walau pada hari kejadian hati aku tidak mempunyai rupa. Setebal tebalnya muka kami pada hari itu. Pelamin yang indah namun tidak lengkap, perhiasan yang cerah namun jiwa ku gelap. Bila toleh, hanya bayangan dia sahaja yang diri ini lihat.♬ Rahsia Tuhan – Noh Salleh

Pengantin perempuan tak datang majlis, batal pada saat akhir

Menerusi video tersebut, kelihatan pengantin lelaki diarak masuk ke dalam dewan bersama ahli keluarga tanpa pengantin perempuan.

Difahamkan bakal pengantin perempuan telah membatalkan untuk hadir ke majlis perkahwinannya pada saat akhir.

Menurut keluarga pengantin lelaki, segala persiapan majlis telah disiapkan namun, disebabkan pembatalan tersebut adalah pada saat akhir, keluarga tidak dapat memberitahu semua tetamu satu persatu.

Malah, ibu pengantin lelaki turut memberitahu mereka mengambil keputusan untuk meneruskan majlis berkenaan kerana segala persiapan telah siap.

Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam juga dilihat memberi ucapan dengan tenang dan berterima kasih kepada tetamu yang hadir.

Bagaimanapun, punca pembatalan majlis tersebut tidak didedahkan oleh keluarga berkenaan.

@demflacco Replying to @user696🕊️ ♬ original sound – DemFlacco🎡

@demflacco Replying to @ᵏᵉᶜⁱᵏ ♬ original sound – DemFlacco🎡

Sungguh tenang dia dan ahli keluarganya. Semoga awak bertemu dengan jodoh yang lebih baik selepas ini 🙂
Sumber

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.