Influencer nafi dakwaan paksa isteri2 mandi tanpa pakaian – “Laknatlah kalau aku tipu..”
Influencer media sosial, Erfan Akif akhirnya tampil bersuara berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh bekas-bekas isterinya, sebelum ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Erfan bersama isterinya, Baby Azreen membuat siaran langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut.
Dalam perkongsian itu, Erfan menafikan segala tuduhan yang dibuat dua bekas isterinya sebelum ini, Tyrah Betyrah dan Kak Nad dan ia hanyalah fitnah semata-mata.
Influencer nafi dakwaan paksa isteri
@userisbrokee PART 1 #babyazreen #tyrahbetyrah #thedon #irfan ♬ original sound – userisbrokee
“Isu yang paling teruk sekali adalah fitnah yang kata saya buat threesome. Demi Allah SWT, ‘Wallahi Wabillahi Watallahi‘, tak pernah seumur hidup saya buat threesome dengan semua isteri-isteri saya.
“Kalau saya pernah buat dan tipu, laknatlah saya. Ya Allah, laknatlah aku kalau aku pernah buat threesome,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, pempengaruh yang berasal dari Kelantan itu turut menegaskan dakwaan memaksa ketiga-ketiga isterinya mandi bersama-sama tanpa seurat benang sebelum ini adalah tidak benar sama sekali.
“Demi Allah SWT, laknatlah aku kalau aku mandi bogel bersama semua isteri-isteri aku. Tak pernah buat,” katanya lagi.
Terdahulu, tular di media sosial wanita terbabit mendakwa telah dianiaya oleh bekas suaminya seperti dipaksa mandi dan tidur bersama madu.
Dia bersama seorang lagi wanita bertindak menceritakan perihal rumah tangga mereka sebelum ini ketika membuat siaran langsung kira-kira 50,000 orang yang melihatnya.
Bagaimanapun, pada 6 Ogos lalu, seorang influencer tular direman enam hari bagi membantu siasatan kes pecah masuk rumah bekas suami dan bekas madunya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 11 Ogos bagi siasatan lanjut dan mengesan barangan milik pengadu yang hilang.
Sumber: TikTok @userisbrokee