“Sempat mengucap 2 Kalimah Syahadah.. “Ustazah Fauziah disahkan meninggalkan dunia di tempat kejadian..
Sempat dibisikkan 2 kalimah syahadah, ustazah maut kemalangan (VIDEO DI BAWAH SEKALI )
Seorang ustazah maut selepas Honda HRV dipandunya terbabas lalu bertembung lori dari arah bertentangan di kilometer (KM) 80, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam, di sini, tengahari tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Fauziah Selamat, 46, maut akibat parah di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dari arah Johor Bahru menghala ke Ayer Hitam manakala lori jenis Hino dari arah bertentangan.
“Tiba di tempat kejadian, ustazah berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan di laluan lori dan bertembung.
“Akibat kemalangan yang berlaku, pemandu meninggal dunia manakala pemandu lori berusia 36 tahun mengalami sakit pada bahagian lutut kanan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam pada itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Maznan Muhamad berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam dan Ayer Hitam bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.16 petang.
“Pemandu kereta tersepit di bahagian pemandu depan dan dikeluarkan oleh pihak bomba. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu tular di media sosial, gambar dan video termasuk saat Allahyarham dibisikkan dua kalimah syahadah oleh orang awam ketika tersepit di tempat duduknya.
Allahyarham adalah Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Agama Bandar Renggam dan menetap di Parit Raja Batu Pahat
Allahyarham dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat mengajar.
@bharianmySeorang ustazah maut selepas Honda HRV dipandunya terbabas lalu bertembung lori dari arah bertentangan di kilometer (KM) 80, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam, tengah hari tadi.
Kredit-metro