“Daddy tak tahu awak dekat mana sekarang” – Fizi Ali sedih datang majlis graduasi tapi anak tak muncul

PERASAAN teruja bertukar menjadi sedih apabila niat penyampai radio Fizi Ali untuk berjumpa anaknya semasa majlis graduasi di sebuah tadika tidak kesampaian.

Kata Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, dia menunggu Ameena Sofia untuk tampil membuat persembahan di majlis konvokesyen tersebut namun kelibat anaknya itu tiada.

“Daddy tunggu-tunggu Ameena dekat tempat graduation. Ameena tidak muncul-muncul.

Fizi Ali luah rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa Ameena.

“Tidak apa, Allah ada. Selamat bergraduasi Ameena,” katanya.

Fizi menulis luahan hatinya itu dalam satu hantaran di Instagram pada Sabtu.

Melalui hantaran itu, Fizi dilihat memegang sejambak bunga bersama patung berwarna ungu di hadapan sebuah tadika swasta di Kuala Lumpur.

Malah, Fizi berkata, hajatnya untuk meraikan Ameena di Tambun juga tidak kesampaian.

“Sepatutnya kita raikan dekat Tambun, nanti kita ganti balik ok.

“Kasihan awak, penat-penat berlatih tunjuk dekat daddy dan mama, tetapi awak tidak ada hari ini,” ujarnya.

Fizi juga memaklumkan dia tidak mengetahui keberadaan anaknya itu ketika ini.

Fizi Ali kini sedang bahagia bersama isterinya, Siti Zulaikha.

“Daddy tidak tahu awak dekat mana sekarang ini. Awak jaga diri sayang,” katanya.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Fizi bersama Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada Disember 2021.

Pada 23 Oktober lalu, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan, Siti Zulaikha.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.