Anak Pesan Barang Gila-Gila, Mak Ayah Jadi Mangsa Bayar RM750!

- IKLAN -

Sepasang suami isteri baru-baru ini dikejutkan dengan penghantaran sebuah motosikal scrambler bersaiz mini ke rumah mereka melalui khidmat kurier.

Lebih mengejutkan, mereka diminta membayar sebanyak RM750 kerana motosikal tersebut ditempah menggunakan kaedah bayar tunai ketika serahan (COD).

Menurut perkongsian video oleh Azlin Harun di TikTok, rupa-rupanya pesanan itu dibuat oleh anak-anak mereka tanpa pengetahuan mereka.

@azlinharunshop Buat hal sungguh 2 beradik 😫😫#fyp#fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp ♬ original sound – ammarhasawi

Azlin menjelaskan bahawa si adik menggunakan telefon nenek mereka untuk membuat pesanan tersebut tanpa disedari oleh nenek mereka.

Bagaimanapun, pasangan tersebut terpaksa menolak penghantaran itu dengan cara baik kerana harga motosikal tersebut terlalu mahal.

Azlin menyatakan bahawa jika motosikal tersebut menggunakan petrol, mereka mungkin akan membelinya, tetapi kerana ia menggunakan bateri dan harganya sekitar RM400 sahaja, mereka memutuskan untuk tidak menerimanya.

Walaupun anak-anak mereka tidak dapat memiliki motosikal mini tersebut, mereka tetap menerima hadiah istimewa daripada datuk mereka.

Azlin berkongsi momen gembira apabila anak-anak mereka menerima motosikal mini yang dibeli oleh datuk mereka sebagai hadiah.

Insiden ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa agar lebih berhati-hati dan memantau aktiviti anak-anak mereka, terutamanya ketika menggunakan peranti digital.

Ramai netizen turut berkongsi pengalaman serupa di mana anak-anak mereka membuat pesanan dalam talian tanpa pengetahuan mereka, menyebabkan mereka terpaksa memohon maaf kepada penghantar barangan apabila pesanan tersebut terpaksa dipulangkan.

“Anak saya belikan beg tangan. Tiba-tiba barang sampai atas nama sendri. Nasib COD harga RM20.

“Anak balik sekolah nampak beg tu dengan selamber dia cakap… itulah beg yang beli untuk ibu.

“Anak saya pesan tiga buah excavator mainan, nasib la boleh pulang.  Harga seunit lebih RM200.

“Anak saya autism, dia order laptop dengan al-Quran dekat RM3,000. Mana nak dapat duit banyak macam tu.

“Nasib boleh batalkan semua yang orang hantar,” kata netizen.

Kredit – mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*