Azharina Terkejut, Berita Palsu Kematian Tersebar – ‘Saya Cuma Tak Dapat Tidur Semalam, Bukan Meninggal’

Kuala Lumpur : “Saya cuma tak dapat tidur dari semalam, bukan meninggal,” kata penyanyi, Azharina Azhar, 38, mengenai khabar angin mengatakan dia sudah meninggal dunia.

Azharina berkata, ia umpama satu doa buruk buatnya selaku ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

“Individu itu memuat naik kandungan di YouTube dan menyebut nama saya sebagai ‘Allahyarham Azharina Azhar’, kononnya saya sudah meninggal dunia.

“Saya tak tahu nak marah atau ketawa. Kenapa dia nak mencari populariti dengan menggunakan benda-benda begini?

“Kenapa dia mendoakan agar orang mati? Kasihankanlah saya. Saya nak cari rezeki untuk membesarkan dua anak saya,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai masalah tidur yang dialaminya, penyanyi lagu Elegi Sepi itu berkata, ia berkemungkinan besar adalah kesan daripada ubat baru yang diambilnya.

“Saya dalam proses penyembuhan. Minggu lalu, hampir seminggu juga saya muntah-muntah. Minggu ini, keadaan saya semakin baik.

“Ada ubat baru yang saya ambil dan badan saya sedang beradaptasi dengan ubat itu. Jadi, salah satu kesan sampingannya, mungkin memberi kesan kepada tidur saya,” katanya.

Terdahulu, Azharina berkongsi mengenai penyakit misteri yang dialaminya, tetapi belum masa sesuai untuk dia mendedahkan mengenai penyakit itu.

Penyanyi Azharina Azhar meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila berita palsu mengenai kematiannya viral di media sosial.

Astaghfirullah

Tiada angin tiada ribut, pelantun suara ‘Elegi Sepi’ ini memberitahu dia agak terkejut apabila berita palsu mengenai kematiannya ditulis oleh sebuah portal. Menurut Azharina, dia hanya tidak boleh tidur sejak semalam, bukannya sudah meninggal dunia.

Astaghfirullah Al Azim. Saya cuma tak dapat tidur dari semalam bukan meninggal.

Terdahulu, Azharina mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga muntah dan pening kepala sejak seminggu lalu. Ujar Azharina, masalah kesihatan itu berkemungkinan berlaku disebabkan waktu rehat yang tidak mencukupi.

Malah, dia juga tidak dapat menghadirkan diri sewaktu sesi latihan dan raptai bagi konsert minggu kelapan, All Stars Gegar Vaganza.

Meskipun tidak sihat, Azharina dilihat mampu meneruskan persembahan dan memberikan yang terbaik di All Stars Gegar Vaganza.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.