” Pesanan daripada seorang ibu yang menyentuh hati.. ” – Netizen

Muatnaik Gambar Anak-Anaknya, Shafiq Iman Dan Shabil Iman, Perkongsian Shafnie Zainuddin Buat Ramai Tersentuh. Sayu Baca Pesanan Shafnie Untuk Anak-Anak Yang Kini Sudah Berkahwin, Seorang Ibu Yang Hebat !!

Selesai sudah majlis pernikahan anak kedua Shafnie Zainuddin, Muhammad Shabil Iman. Secara rasminya kedua-dua anak lelaki Shafnie sudahpun bergelar suami orang dan ianya detik yang bersejarah buat mereka sekeluarga. Si sulung, Shafiq telah pun dikurniakan seorang anak dan berstatus ayah.

Meninjau entry Shafnie di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Shafiq bersama Shabil. Coret Shafnie di ruangan kapsyennya memberitahu kini kedua-duanya telahpun berpunya. Kata Shafnie, ini bermaksud selesai sudah tanggungjawab Shafnie terhadap kedua-dua anaknya ini.

Tidak itu sahaja, kapsyen Shafnie yang memberikan pesanan kepada Shafiq dan Shabil juga menjadi perhatian. Kata Shafnie, dia berharap agar kedua-dua anaknya ini akan menjadi sebaik-baik lelaki yang bergelar suami dan ayah terhadap keluarga masing-masing.

Besar tanggungjawab yang dipikul anak-anak ini dan kini masa untuk mereka membentuk keluarga sendiri. Pastinya sedikit sebanyak kekuatan Shafnie akan menjadi role model untuk Shafiq dan Shabil untuk terus kuat demi memastikan keluarga mereka bahagia.

Jom baca perkongsian di bawah :

 

Perkongsian oleh Shafnie ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Pesanan daripada seorang ibu yang menyentuh hati. kuatnya Shafnie kerana anak-anak ini, yang setia bersama ibunya dalam susah dan senang. Dunia jadi saksi, kuatnya seorang wanita bernama Shafnie mengharungi segala dugaan demi anak-anak tersayang. Semoga Allah kurniakan Shafnie kesihatan yang baik selalu. Jagadiri elok-elok.. ”

” Fa in namaal usri yusro×2, benarlah seperti firman ALLAH selepas setiap kesusahan, kesedihan, pasti akan ada kesenangan buat hamba2nya yg besabar dan redha… Tahniah puan berjaya membesarkn anak2 lelaki menjadi lelaki, pendidik, suami, manusia yg baik akhlak, berilmu & In Shaa Allah betaqwa.. ”

” Dari sekecil anak sehingga mempunyai family sendiri, semoga yg terbaik utk si kacak.. Buktikan pada dunia.. “pyesalan kerana mensia2kan”.. ”

” Tahniah akak.. Ya Allah besarnya hati seorang ibu tengok anak2 berjaya dan dah bekeluarga.. Moga yg baik2 mendatang utk seluruh keluarga besar akak insyaallah.. Amin amin yarabbal alamin.. ”

” Alhamdulillah, moga kedua dua anakanda berbakti kpd ibu yang membesarkan dengan penuh kasih sayang. InshaAllah mudah mudahan… aaaamiinn.. ”

” Dua2 kacak dan sangat besar jiwa mereka. Alhamdulillah. Tahniah seorsng ibu ysng membesarkan dengan penuh kasih sayang. Moga mereka menjadi lelaki yang baik dan bertanggungjawab. InsyaAllah.. ”

” And kewajiban anak lelaki untuk terus menjaga Mama. Am just so happy for you, sekejap aja Allah balas semua pengorbanan, dapat menantu baik baik, dah dapat cucu, sekejap saja dah ramai ahli keluarga. MasyaAllah Alhamdulillahhhh.. ”

Tanggungjawab mama sudah selesai, tetapi tanggungjawab Shafiq dan Shabil untuk mama selamanya. Semoga doa dan harapan Shafnie untuk anak-anaknya ini akan dimakbulkan Allah dan keluarga ini sentiasa dalam rahmat Allah serta berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shafnanieee

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.