Rumah Rozita Che Wan kena serbu, gagal bayar hutang Mara hampir RM1 juta
KEDIAMAN pelakon Rozita Che Wan diserbu wakil Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada pagi Selasa kerana didakwa tidak membayar hutang pinjaman daripada agensi berkenaan.
Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.
Che Ta didakwa tidak melunaskan hutang bernilai hampir RM1 juta.
Memetik Sinar Harian, difahamkan Rozita atau atau lebih mesra disapa Che Ta gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Ketika serbuan dibuat aktres berkenaan tiada di kediaman tersebut melainkan ibunya sahaja.
Bagaimanapun selepas satu jam serbuan dibuat, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendi dilihat memasuki kediaman tersebut.
“Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kita tunggu surat selanjutnya dari mahkamah,” jelasnya yang tidak menafikan jumlah hutang aktres itu hampir RM1 juta.
Sementara itu, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di pekarangan rumah ibunya, enggan memberi sebarang komen berkaitan penyitaan itu.
Terdahulu, pihak Mara bersama peguam dan wakil mahkamah hadir di kediaman Che Ta di Kota Damansara selepas selebriti terkenal itu gagal melunaskan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta.