Berjaya rujuk kembali lepas 2minggu bercerai, tlndakan Linda dan beego buat ramai kagum

Pasangan pelakon, Linda Hashim dan Beego mendedahkan bahawa mereka telah bercerai talak satu pada 27 Mac, namun rujuk semula pada 9 April lalu ketika masih dalam tempoh edah.

Tiada campur tangan orang luar

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Norhazlinda Hashim itu menjelaskan bahawa dia dan suami mengambil pendekatan untuk menyelesaikan isu perhubungan mereka sendiri tanpa ada campur tangan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga.

Saya mengetepikan semua orang di sekeliling dan menyelesaikan masalah secara kami berdua saja. Ia penting kerana, dalam hal membabitkan rumah tangga ini sebenarnya hanya kita suami dan isteri saja yang tahu.

Jadi, kalau nak buat keputusan itu biar antara kita berdua saja demi diri masing-masing, anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah, anak-anak memang menjadi kekuatan kami. Insya-Allah, kami harap ikatan yang disambung ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Pelakon filem Tanda Putera itu juga berkata, demi menyelamatkan rumah tangganya, dia mengetepikan ego dengan bermuhasabahkan diri.

Saya buang ego diri dan betul-betul bersihkan hati dengan bermuhasabah diri untuk perkahwinan ini. Saya dan Beego, berjanji akan memperbaiki kelemahan diri kami demi ikatan perhubungan ini dan anak-anak yang masih kecil.

Berkat Ramadan

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana dia dan suami masih dapat mempertahankan rumah tangga mereka dan mengakui ianya adalah juga kerana berkat doa sepanjang bulan Ramadan

Berkat bulan Ramadan dan jodoh kami masih panjang. Alhamdulillah, kami dapat menyelamatkan rumah tangga ini kerana berjaya buang ego masing-masing.

Alhamdulillah, kuasa Allah pada bulan puasa pula dan doa memang mudah dimakbulkan. Lagi pula, setiap malam kita berdoa. Jadi, memang nampaklah ini semua jalan Allah, takdir Allah itu memang cantik.

Ibu kepada tiga orang anak itu juga mendedahkan bahawa, sebelum bercerai dia dan suami telah menemui jalan penyelesaian, bagaimanapun mereka akhirnya berjaya menyelamatkan perkahwinan ini.

Dia bolak-balikkan hati kami dan dapat berbaik semula pada bulan yang baik . Jadi, benda ini memang keajaibanlah. Benda ini (jodoh) memang kerja Allah.

Saya pun tak nak main-main benda ini (cerai). Tak ada siapa pun nak inginkan perceraian. Saya pun tak tahu hati berbolak-balik. Sebelum bercerai, kita pun dah ada kata putus sendiri sebenarnya. Tapi, saya terus berdoa, solat hajat sebab nak terbaik untuk kita dan diri masing-masing.

Terdahulu, kehadiran mereka ke mahkamah secara senyap-senyap sebelum ini akhirnya terjawab apabila kelmarin pasangan ini hadir bersama ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak jagaan anak yang dilakukan oleh aktres itu sebelum ini.

Sekadar info, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

Sumber: Harian Metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*