Kantoi isteri minta kos utk menggvgurkan kandungan!? Hafiz dedah ada buktii..
Susulan mengenai Nurul Shuhada keguguran anak ketiga, pelakon Hafidz Roshdi telah membuat dua kali laporan polis terhadap isterinya.
Hafidz menerusi video yang dikongsikan di Instagram Hlive mengakui dia berasa sedih apabila mengetahui isterinya telah mengambil keputusan menggugurkan kandungan.
“Terus terang Hafidz cakap Hafidz sangat sedih, 5 hari bulan hari itu Hafidz dapat terima berita daripada pihak peguam defendan kepada peguam kami, Shu telah keguguran anak ketiga kami.
“Hafidz sangat sedih atas keguguran ini. Hafidz sangat percaya kredibiliti peguam Hafidz. Shu kononnya telah mengalami keguguran dapat digugurkan dengan baik.
“Semuanya dalam siastan poilis kerana Hafidz telah membuat laporan polis. Dia ada WhatsApps Hafidz untuk beritahu dia nak gugurkan kandungan.
“Hafidz buat laporan polis untuk covering daripada pihak Hafidz. Tahu-tahu dia dah gugurkan. Dapat tahu dia gugur, Hafidz terpaksa buat laporan polis sebab nak pihak polis buat siasatan,” ujarnya.
Hafidz turut mendakwa dia mempunyai bukti Nurul Shuhada ada memintanya duit untuk kos keguguran namun tiada bukti resit daripada hospital.
“Sebab dia meminta duit untuk kos keguguran daripada saya. Jadi saya tak tahu, sebab dia tak ada bukti resit, tak ada bukti hospital. Jadi, saya kena tahu. Saya dah buat dua kali laporan polis,” katanya lagi.
Pada malam tadi, isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu disebabkan tekanan selain tidak makan ubat anti-depresi.
Nurul Shuhada turut menafikan dakwaan dia sengaja menggugurkan kandungannya secara haram seperti yang didakwa segelintir pihak.
Saya ada anak syurga
Memetik laporan BH Online, Nurul Shuhada menyatakan pada ketika itu usia kandungannya 14 minggu. Meskipun sebak untuk menerima hakikat, Nurul Shuhada akur dengan ketentuan Allah SWT.
Ya, saya mengalami keguguran ketika saya sedang menjalankan solat Subuh, pada sujud terakhir dan ketika tahiyat akhir, saya perasan saya pendarahan keluar. Saya teruskan juga solat dan selepas selesai solat, barulah saya sedar saya mengalami pendarahan yang agak teruk.
Dan saya sekarang dalam proses berpantang. Saya terima semua ini dengan hati yang reda dan lapang dada sebab saya tahu ada anak yang menanti saya di syurga. Ya Allah, saya sudah ada anak di syurga.
Sebab saya tahu Allah lebih mengetahui semua yang berlaku. Jadi, saya meminta doa yang baik-baik.
Bagaimanapun, Nurul Shuhada memohon untuk tidak mendedahkan tarikh kegugurannya bagi menghormati privasinya.
Nafi gugur kandungan
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar, 2, menafikan telah melakukan pengguguran secara haram.
Dan atas pendapat ahli keluarga saya dan peguam, saya berkongsi semua ini juga bagi menafikan dakwaan melakukan pengguguran secara haram.
Jadi, saya nak mengelak tuduhan tak berasas lagi selepas ini.
Pada 13 April lalu, Nurul Shuhada mendedahkan dia kini sedang hamil anak ketiga.
Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Kemelut rumah tangga salah seorang finalis Hero Remaja itu mula mendapat liputan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain yang dikenali sebagai Athira Yuhada.
Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Sumber: BH Online dan Gempak
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.