“Dia Naik Tgn.. Dia tak pernah berubah..” Genap 10 tahun berkahwin.. Che ta beri Bayangan rumahtangga..

Dramatis jelita Rozita Che Wan menasihati kaum wanita agar lebih berani membuat keputusan seandainya bergelut dengan krisis keganasan rumah tangga.

Kata Rozita atau lebih popular dengan sapaan Che Ta, wanita perlu lebih bijak membuat keputusan untuk diri sendiri.

Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal.

“Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang.

“Keluar dari rumah, buat laporan polis dan pergi ke hospital kerana hukuman akan jatuh kepada lelaki,” katanya kepada Gempak.Dalam pada itu, Che Ta berpendapat wanita tidak seharusnya terus memberikan peluang kepada lelaki yang kerap menyakiti mereka.

“Kalau dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang sama dan dia tidak akan berubah.

“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” tambahnya.

Isu keganasan rumah tangga dalam kalangan selebriti menjadi topik hangat apabila tular kisah rumah tangga beberapa artis lelaki popular yang menganiaya isteri masing-masing. Hal itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*