“Pernah putus cinta 3 thn lalu.. Harini batalkan Nikah pula..” Ini kata2 Mimi buat Syafiq

Kuala Lumpur : Pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana dilaporkan membatalkan majlis perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 18 Ogos ini.

Perkara itu disahkan oleh pengurus pasangan berkenaan iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu yang diundang.

“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Mohon maaf atas segala kesulitan,” demikian mesej itu yang dihantar kepada tetamu hari ini.

 

 

Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis itu hanya akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi.

 

 

Majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman.

 

Berita pembatalan majlis pernikahan pasangan selebriti itu menggemparkan industri seni tempatan apatah lagi Mimi baru saja meraikan majlis ‘bachelorette’ baru-baru ini.

 

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan Syafiq Kyle bagaimana pun tidak berjaya.

 

Sementara itu, Mimi seperti mengesahkan berita itu apabila memuat naik puisi berbahasa Inggeris tentang penghargaan terhadap wanita di Instagram miliknya.

 

Tanpa sebarang kapsyen dan hanya meletakkan tanda noktah, Mimi turut menutup ruangan komen pada hantaran itu.Tiada angin tiada ribut, kita dikejutkan dengan berita majlis pernikahan pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dibatalkan.

 

Majlis itu dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos depan menurut pengurus Mimi, Iman Tang, aktres terbabit yang menghubungi dan memberitahunya pada hari Selasa.

Kata Iman, Mimi memaklumkan bahawa tarikh tersebut dibatalkan dan persiapan semua sudah selesai termasuklah lokasi dan bayaran katering.

 

Saya ada tanya dia, batal atau tangguh tapi dia cuma jawab tarikh 18 Ogos itu memang tak jadi.”

Syafiq Kyle Mimi Lana

 

Iman turut menafikan bahawa pembatalan majlis pernikahan mereka berdua disebabkan masalah peribadi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

 

Malah, dia sendiri baru sahaja berjumpa dan keluar makan bersama Mimi dan Syafiq hujung minggu lalu dan mereka kelihatan baik-baik sahaja.

 

Tambah Iman, aktres itu terpaksa membatalkan majlis kerana terikat dengan jadual penggambaran selain ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.

 

Saya tanya Mimi, ada masalah apa-apa ke? Mimi cakap tak ada masalah apa-apa. Apa yang saya boleh tegaskan, tiada masalah peribadi yang menjadi punca.”

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.