“Masa berjalan di Karpet merah saya dah nampak.. ”- Bell Ngasri dapat anugerah… Tak sangka Dato Siti Nurhaliza Luah ini..

Calon pilihan rakyat Malaysia, Bell Ngasri menepati ramalan apabila mengungguli kategori Artis Komedi Popular seterusnya memenangi Anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH35).

Menewaskan Artis Lain

Bagi kategori Artis Komedi Popular, Bell berjaya menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan juga Syahmi Sazli.

Sejak undian Top 5 bermula, pencalonan Bell dalam kategori Artis Komedi Popular mencetuskan fenomena apabila netizen melancarkan kempen di media sosial agar pelakon ‘senior’ serba boleh itu diangkat sebagai pemenang pada ABPBH 35.

Menunggu Selama 37 Tahun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

via Instagram Bell Ngasri

Kata Bell, selama 37 tahun, hari tersebut merupakan kali pertama dia mendapat trofi dengan perkataan ‘popular’.

Selepas 37 tahun saya tunggu nak dapat perkataan ‘popular’, akhirnya (hari ini saya) dapat. Tetapi, saya tak nak menangis. Kalau nak menangis, dari berjalan di karpet merah tadi saya sudah menangis.

Dapatlah satu anugerah yang ada perkataan popular yang tidak pernah saya impikan.

Bell yang mula popular menerusi watak Barkoba yang juga geng plastik hitam dalam telefilem ’16 Puasa’, ’17 Puasa’ dan ’18 Puasa’ arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Rakan Artis Zahir Kegembiraan

Di media sosial termasuklah Instagram, ramai netizen yang bangga dan gembira dengan kemenangan yang diperoleh oleh Bell.

Bukan itu sahaja, rakan-rakan artis turut menzahirkan perasaan mereka menerusi hantaran di Instagram dan Instagram story.

Siti Nurhaliza Turut Memuji

via Instagram Dato Sri Siti Nurhaliza

Salah satu yang menjadi perhatian apabila penyanyi No 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mengzahirkan rasa sebak ketika melihat kemenangan yang diperoleh oleh Bell.

Saya pula yang sedih. Rezeki seniman yang selalu menghiburkan rakyat Malaysia… Bell Ngasri.

Tulisnya, anugerah tersebut merupakan rezeki buat Bell yang selalu menghiburkan rakyat Malaysia.

ABPBH35 diacarakan oleh gandingan pengacara, Johan dan Ain Edruce serta dihiburkan dengan persembahan hebat antaranya, Aina Abdul, Aizat, Datuk Yusni Hamid, Baby Shima, Amelina, Dayang Nurfaizah, Roslan Madon, Haziq Rosebi, Judika, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*