Noorkhiriah sedih ramai selebriti buka tudung – “Zaman media sosial ni berlumba nak cantik”
Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie meluahkan rasa sedih berhubung tindakan wanita dipercayai dalam kalangan selebriti yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu mengaku dia tidak layak untuk menilai kehidupan seseorang tetapi sekadar saling memberikan pesanan mengenai kebenaran.
“Bukan tugas kakak untuk menilai, kakak pun jahil lagi cuma itulah di zaman media sosial ini semua berlumba nak cantik..nak jadi macam yang itu, yang ini.
“Sebolehnya hati kena kental adik, kalau tidak kita tak akan bersyukur dengan apa yang ada. Sedih jugak sebenarnya bila makin ramai buka tudung tapi itu adalah pilihan masing-masing,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, Noorkhiriah dilihat menitipkan nasihat kepada umum dan tidak menyebut nama sebarang individu dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, pelakon drama bersiri Nur itu menyatakan dia hanya mampu berdoa selain berharap individu berkenaan akan terbuka hati semula untuk menutup aurat pada satu hari nanti.
“Kakak cuma berdoa dan berharap semoga umur yang tua ini tidak diduga sebegitu. Tak ada apa yang nak ‘dikepok-kepok’ lagi.
“Cuma pesan kakak bila dah puas ‘kepok-kepokkan’ cinta dan baju belahan dada, berdoalah semoga dibuka kembali pintu hidayah Allah yang pernah dapat dulu. Sebab tak semua Allah campakkan.
“Maaf andai tulisan akak mengguris, tapi akak sebagai saudara seIslam itu tanggungjawab kakak supaya bila ditanya Allah nanti sekurang Allah tahu kakak dah pesan kat sini. Maaf sekali lagi ya,” katanya.
Foto: Carian Google
Tambahnya, setiap manusia diuji dengan cara berbeza dan semua pesanan itu adalah peringatan buat dirinya sendiri serta umat Islam yang lain.
“Berpesan-pesanlah kepada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik. Kita masing-masing sedang diuji, cuma ujian itu berbeza-beza.
“Ingatan tulus daripada akak buat semua saudara seIslam termasuk diri akak sendiri,” tambahnya lagi.
Terdahulu, pelakon Alya Iman dan isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea tampil tidak bertudung sejak April lalu manakala penyanyi Masya Masyitah turut mengikut jejak langkah yang sama baru-baru ini.
Sumber: Instagram Noorkhiriah
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.