Datuk Red dah tak merajuk, pulang rumah isteri pertama selepas 5 hari bawa diri

SELEPAS lima hari membawa diri, usahawan Datuk Seri Adnan Abu akhirnya pulang ke rumah isteri pertamanya pada Sabtu.

Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red brkata, dia berdebar ingin bertemu dengan isterinya iaitu Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim dan anak-anak mereka.

“Saya keluar rumah sejak hari Selasa pagi. Lima hari dah saya keluar rumah. Baju inilah yang saya pakai (kemeja biru) sepanjang lima hari ini.

Anak-anak belari kejar kereta Datuk Red.

“Saya baru sampai rumah isteri saya yang pertama,” katanya.

Adnan berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya pada Sabtu.

Menerusi hantaran tersebut turut memaparkan tiga orang anaknya berlari ke arah kereta Adnan selepas mendengar bunyi hon kenderaan yang dipandu.

Malah anak-anaknya juga meluahkan rasa rindu terhadap Adnan selepas lima hari tidak berjumpa.

Adnan berkata, tujuan dia merakam saat indah itu kerana memenuhi permintaan beberapa pihak yang membantunya selama beberapa hari ini.

Kata Adnan lagi, dia juga akan pulang ke rumah isteri keduanya iaitu Adira Suhaimi pada Ahad untuk bertemu anak-anaknya dengan penyanyi itu.

“Saya nak tengok reaksi anak-anak saya, tak mahu buat konten yang melebih-lebih nanti orang kata drama pula.

“Esok (Ahad) insya-Allah saya buat video berjumpa dengan anak-anak bersama Adira pula,” kongsinya.

Datuk Red bersyukur ramai yang mendoakan dirinya dan isteri-isteri.

Sebelum ini, Adnan memberitahu dia merajuk dan meminta netizen memujuk dua isterinya itu kembali ke pangkuannya.

Dalam pada itu, Adnan memberitahu dia juga semakin bersemangat memperbaiki kesilapan lalu apabila ramai mendoakan dirinya.

“Video yang saya buat hanya untuk bercerita tentang diri saya… Untuk melangkah dan bangkit daripada masa silam, tebus dosa-dosa.

“Ramai betul yang mendoakan saya, Alhamdulillah,” luahnya.

Selasa lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mStar mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu.

Kemelut rumah tangga Datuk Red hangat diperkatakan.

Sejak itu, Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala Sharifah memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adnan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.