“Dia sebaik-baik orang” – Pernah Sertai Jemaah Tabligh Bersama, Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz

Hari ini, media sosial kecoh dengan kenyataan oleh Aliff Aziz berkenaan hubungan rumah tangganya serta kontroversi yang melanda dirinya.

Terbaru, pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi serta pelakon yang berasal dari Singapura itu, yang pernah bersamanya mengikuti tabligh sekitar tahun 2020.

Nabil bercakap kepada Gempak bahawa Aliff Aziz itu adalah sebaik-baik manusia ketika mereka bersama-sama dalam tabligh.

 

“Sepanjang saya dengan Aliff, dia tidak pernah tinggal solat tahajjud. Dia juga antara orang yang bangun seawal 2 pagi untuk bersiap.

Saya berada dengan dia yang mungkin orang tak pernah nampak. Memang besar ujian Aliff kali ini. Kalau dia mengaji, dia mengaji betul-betul. Kalau solat dia solat betul-betul, mengaji pun begitu,” kongsinya.

Pengacara rancangan nyanyian Gegar Vaganza itu melihat apa yang berlaku kepada Aliff Aziz ini sebagai satu bentuk ujian buat dia dan keluarganya.

Sebagai info, hari ini tular klip dari sebuah rancangan podcast Singapura yang memaparkan Aliff Aziz bercerita mengenai permasalahan yang sedang dihadapinya itu.

Sumber: Instagram  

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.